Berita Terkini ASEAN 2025: China sedia beri kerjasama tolak gangguan luar - Li Qiang

Li Qiang berkata, China dan negara ASEAN sebagai jiran yang saling menghormati, bersahabat dan bergantung antara satu sama lain perlu membuktikan mampu mengatasi kesukaran selama terus bersatu. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: China memberi jaminan untuk memberikan kerjasama kepada blok ASEAN dalam usaha memperkukuh perpaduan dan menolak gangguan luar, seterusnya menghadapi risiko dan cabaran global secara bersama.
Ringkasan AI
- China memberi jaminan untuk bekerjasama dengan ASEAN dalam memperkukuh perpaduan serantau dan menolak campur tangan kuasa luar, khususnya dalam menghadapi risiko global seperti unilateralisme dan proteksionisme.
- Perdana Menteri China, Li Qiang menekankan pentingnya kesatuan dan daya tahan serantau dalam menghadapi tindakan buli politik dan ekonomi oleh kuasa besar, serta menyeru agar hubungan erat antara China dan ASEAN terus diperkukuh.
- ASEAN dan China menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0 sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, sebagai langkah memperkukuh integrasi ekonomi dan memacu pertumbuhan mampan serta inklusif.
“Dalam menghadapi tindakan buli politik dan ekonomi kuasa besar, jika kita berpecah dan berkonfrontasi, ia bukan sahaja tiada manfaat malah memudahkan penguasaan pihak lain.
“Lebih sukar keadaannya. Jadi, penting bagi kita untuk bersatu padu dan memperkukuh daya sendiri dengan mempertahankan hak dan kepentingan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN -China ke-28 hari ini.
Dalam pada itu, beliau menyeru China dan negara ASEAN sebagai jiran yang saling menghormati, bersahabat dan bergantung antara satu sama lain perlu membuktikan mampu mengatasi kesukaran selama terus bersatu.
“Kerjasama dalam pelbagai bidang berkembang pesat, perdagangan terus meningkat dengan stabil selain kemudahan visa antara ASEAN dan China mengeratkan hubungan rakyat,” katanya.
ASEAN dan China hari ini menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0, sebagai langkah memperkukuh integrasi ekonomi serta memacu pertumbuhan mampan dan inklusif di rantau ini.
Perjanjian itu dimeterai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Perdagangan China, Wang Wentao, sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di sini.
Majlis disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari China, Li Qiang serta Ketua Negara ASEAN.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


