Lelaki maut rempuh kuda melintas di Jalan Sempang Bukit Kuda

Kuda yang dipercayai terlibat dalam kemalangan mengorbankan nyawa seorang penunggang motosikal hari ini.
JASIN: Seorang lelaki dalam perjalanan ke tempat kerja maut selepas terlanggar seekor kuda yang tiba-tiba melintas jalan di Jalan Sempang Bukit Kuda, Merlimau, di sini pada awal pagi Selasa.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki, Rajak Ismail, maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar seekor kuda yang melintas jalan di Jalan Sempang Bukit Kuda, Merlimau ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di UiTM Jasin.
- Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat. Polis telah menemu bual pemilik kuda bagi membantu siasatan, namun tiada rakaman CCTV di kawasan berhampiran.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Aqil Yusoff bagi membantu siasatan.
“Namun, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai telah melanggar haiwan tersebut yang melintas dari arah kiri jalan.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
Tambahnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat sebelum dituntut oleh waris keluarga.
Ujarnya, siasatan turut mendapati tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran, dan pihak polis telah mengesan serta menemu bual pemilik kuda berkenaan bagi membantu siasatan.
Katanya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Ahmad Aqil Yusoff di talian 013-9393747 bagi membantu siasatan.
“Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


