awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan sedang gubal Akta Keterjaminan Makanan Negara - Fadillah
Virus Nipah: Singapura perketat saringan kesihatan di pintu masuk
AADK sasar pemasangan CCTV berteknologi tinggi di lokap tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita Terkini ASEAN25: Donald Trump tiba di Malaysia Sempena Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
26/10/2025
02:04 MYT
Berita Terkini ASEAN25: Donald Trump tiba di Malaysia Sempena Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13
Ini merupakan lawatan pertama Trump ke rantau Asia Tenggara sejak dipilih sebagai Presiden AS ke-47 pada Januari lepas. - Foto REUTERS/Evelyn Hockstein
KUALA LUMPUR : Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump tiba di Malaysia bersempena Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20 atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN 2025.
Pesawat Air Force One yang membawa Trump mendarat di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar 9.54 pagi Ahad dan beliau disambut oleh Anwar serta beberapa Menteri Kabinet Kerajaan MADANI serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Ini merupakan lawatan pertama Trump ke rantau Asia Tenggara sejak dipilih sebagai Presiden AS ke-47 pada Januari lepas.
Wisma Putra dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, Anwar dan Trump dijadualkan untuk mengadakan mesyuarat dua hala pada 26 Oktober.
“Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan serta hubungan antara rakyat selaras dengan Perkongsian Komprehensif Malaysia-AS,” katanya.
Kedua-dua pemimpin turut dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama serta menandatangani beberapa dokumen penting yang meliputi bidang perdagangan dan keselamatan.
Lawatan ini dijangka memperkukuh lagi hubungan antara Malaysia dan AS serta membuka lembaran baharu ke arah peningkatan tahap hubungan dua hala yang lebih strategik,” katanya.
Menurut Wisma Putra, hubungan dua hala antara Malaysia dan AS kekal kukuh sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1957.
AS antara rakan dagang dan pelabur terbesar Malaysia, dengan jumlah perdagangan bernilai RM324.91bilion (US$71.39 bilion) pada 2024.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Anwar Ibrahim
#AS
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan