Kerajaan sedang gubal Akta Keterjaminan Makanan Negara - Fadillah

Fadillah memegang benih padi MR 333 semasa melawat gerai pameran selepas merasmikan pelancaran Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2030 dan Pelan Tindakan Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2026–2030 hari ini. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menggubal Akta Keterjaminan Makanan Negara yang akan menjadi asas perundangan kukuh bagi memelihara kedaulatan makanan negara.
Ringkasan AI
- Kerajaan menggubal Akta Keterjaminan Makanan Negara sebagai asas perundangan untuk memelihara kedaulatan makanan negara.
- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, menegaskan penggubalan akta ini sebagai janji kerajaan untuk memastikan sistem bekalan makanan Malaysia mampan dan tidak terputus.
- Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2030 (DKMN 2030) diperkenalkan untuk memacu transformasi sektor agromakanan, menitikberatkan ketersediaan bekalan yang mencukupi, keselamatan makanan, dan kelestarian alam sekitar.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2030 (DKMN 2030) di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Fadillah berkata dunia kini berdepan dengan situasi ketidaktentuan luar biasa merangkumi perubahan iklim ekstrem, ancaman penyakit dan perosak, ketegangan geopolitik serta persaingan guna tanah.
Faktor ini katanya, memberikan kesan langsung kepada kestabilan rantaian bekalan makanan global, sekali gus meningkatkan kos input dan tekanan inflasi makanan.
"Apabila kos input ini naik, ia mencetuskan kesan domino, iaitu inflasi harga makanan pada peringkat global," katanya.
Beliau berkata meskipun Malaysia masih berada pada kedudukan keterjaminan makanan yang stabil dengan bekalan mencukupi dan tahap kemampuan rakyat yang terkawal, kerajaan tidak boleh bersikap leka kerana pencapaian semasa bukan jaminan untuk masa hadapan.
Fadillah berkata DKMN 2030 berperanan sebagai kompas utama dalam memacu transformasi sektor agromakanan negara bagi memastikan ketersediaan bekalan yang mencukupi, keselamatan dan kualiti makanan terjamin serta kelestarian alam sekitar demi kelangsungan sistem makanan negara.
Beliau berkata dasar berkenaan turut menumpukan kepada pemerkasaan kesejahteraan petani, pesawah dan nelayan melalui pemodenan sektor pertanian, di samping menjadikan sektor agromakanan sebagai pemacu ekonomi yang berdaya saing dan penyumbang signifikan kepada pertumbuhan negara.
Selain itu, katanya terdapat keperluan untuk beralih kepada pertanian pintar melalui pendigitalan dan penggunaan teknologi seperti dron, Internet Kebendaan (IoT) dan kecerdasan buatan bagi meningkatkan produktiviti, menarik minat golongan belia serta menjadikan pertanian sebagai kerjaya moden dan menguntungkan.
Beliau berkata agenda keterjaminan makanan memerlukan pendekatan menyeluruh melibatkan seluruh kerajaan dan masyarakat dengan kerjasama merentas kementerian serta penglibatan sektor swasta dan institusi pengajian tinggi.
Fadillah berkata kerjasama ini penting bagi mengurangkan kebergantungan pada import dan memperkukuh daya tahan sistem makanan negara.
DKMN 2030 ialah kesinambungan kepada usaha transformasi sektor pertanian dengan berpandukan enam fokus utama keterjaminan makanan, iaitu ketersediaan, kebolehcapaian, penggunaan, kestabilan, kemampanan dan agensi.
Dasar ini membawa anjakan paradigma yang melangkaui aspek produktiviti dengan menekankan kemampanan melalui pertanian pintar dan amalan regeneratif, di samping melonjakkan kesejahteraan petani melalui pemodenan sektor demi menoktahkan kemiskinan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tujuan penggubalan Akta Keterjaminan Makanan Negara yang sedang digubal oleh kerajaan? A: Akta tersebut bertujuan sebagai asas perundangan kukuh bagi memelihara kedaulatan makanan negara dan memastikan sistem bekalan makanan yang mampan.
- Q: Apa yang menjadi fokus utama Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2030 (DKMN 2030) yang dilancarkan baru-baru ini? A: DKMN 2030 berfokus kepada enam aspek utama iaitu ketersediaan, kebolehcapaian, penggunaan, kestabilan, kemampanan, dan agensi dalam usaha memastikan ketersediaan bekalan makanan yang mencukupi serta keselamatan dan kualiti makanan terjamin.
- Q: Mengapakah Fadillah Yusof menyatakan bahawa Malaysia perlu beralih kepada pertanian pintar melalui penggunaan teknologi? A: Beliau berpendapat bahawa pertanian pintar dengan penggunaan teknologi seperti dron, Internet Kebendaan (IoT), dan kecerdasan buatan adalah penting untuk meningkatkan produktiviti, menarik minat golongan belia, serta menjadikan pertanian sebagai kerjaya moden dan menguntungkan.
- Q: Apakah kesan langsung daripada situasi ketidaktentuan luar biasa yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri berkaitan dengan rantaian bekalan makanan global? A: Ketidaktentuan luar biasa seperti perubahan iklim ekstrem, ancaman penyakit, dan perosak boleh menyebabkan peningkatan kos input, tekanan inflasi makanan, serta inflasi harga makanan pada peringkat global.
- Q: Bagaimanakah kerajaan merancang untuk memperkukuh daya tahan sistem makanan negara melalui Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2030? A: Kerajaan merancang untuk memperkukuh daya tahan sistem makanan negara dengan menggalakkan kerjasama merentas kementerian, penglibatan sektor swasta, institusi pengajian tinggi, serta pemerkasaan kesejahteraan petani, pesawah, dan nelayan melalui pemodenan sektor pertanian.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

