Berita terkini ASEAN25: Himpunan bantah kehadiran Trump di Ampang Park petang ini - Penganjur

Anggota polis berkawal di kawasan sekitar Dataran Merdeka hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sekretariat Bantah Trump mengumumkan akan meneruskan himpunan 'Trump Tidak Diterima di Malaysia' di Ampang Park pada jam 5 petang ini, susulan himpunan aman yang diadakan di Dataran Merdeka pagi tadi.
Ringkasan AI
- Sekretariat Bantah Trump meneruskan himpunan kedua di Ampang Park jam 5 petang ini, susulan himpunan aman pagi tadi di Dataran Merdeka yang berlangsung tanpa insiden dan berakhir jam 12 tengah hari.
- Perhimpunan bertujuan menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin, membantah dasar luar Amerika Syarikat yang disifatkan menyokong rejim Zionis Israel; sekretariat memberi amaran kemungkinan tangkapan susulan peningkatan kehadiran polis.
- Penutupan stesen tren sekitar Ampang Park dijangka bermula jam 4 petang, dan peserta bukan warganegara digalakkan menilai semula penyertaan atas risiko keselamatan dan isu imigresen.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan jam 1.30 tengah hari, sekretariat memaklumkan bahawa perhimpunan kedua akan diadakan di Ampang Park bagi meneruskan mesej solidariti terhadap dasar luar Amerika Syarikat yang disifatkan memberi kelebihan kepada rejim Zionis Israel untuk menindas warga Palestin.
“Disebabkan peningkatan kehadiran pihak polis, perhimpunan ini mempunyai kebarangkalian tinggi berlaku tangkapan.
“Kami mempunyai peguam dan Suhakam yang bersiap siaga, namun sila hadir atas tanggungan sendiri,” menurut kenyataan itu.
Selain itu, penganjur menjangkakan penutupan stesen tren berhampiran Ampang Park akan bermula sekitar jam 4 petang, dan arahan lanjut mengenai lokasi perhimpunan akan dimaklumkan menjelang waktu tersebut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


