Berita Terkini ASEAN25: Lula Da Silva terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah UKM

Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyampaikan anugerah tertinggi akademik itu kepada Lula.
KUALA LUMPUR: Presiden Brazil, Luiz Incio Lula Da Silva, menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pembangunan Antarabangsa dan Selatan Global) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Ringkasan AI
- Presiden Brazil, Luiz Incio Lula da Silva menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pembangunan Antarabangsa dan Selatan Global) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sebagai penghormatan terhadap sumbangan beliau dalam pembangunan sosial dan ekonomi serta hubungan erat Malaysia-Brazil.
- Naib Canselor UKM, Prof Sufian Jusoh berkata penganugerahan itu membuka peluang kepada pertukaran akademik dan budaya lebih meluas, selain mengukuhkan kerjasama melalui Pusat Kajian Amerika Latin (iKAL) yang aktif dalam penyelidikan serantau dan antarabangsa.
- Lula, pemimpin pertama Brazil yang dipilih sebagai presiden sebanyak tiga kali, dikenali atas dasar pengagihan pendapatan dan program kebajikan yang memacu pertumbuhan ekonomi negara. Penganugerahan disempurnakan oleh Canselor UKM, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Beliau berkata demikan dalam ucapan Majlis Konvokesyen Khas Penganugerahan Ijazah Kehormat pada Sabtu.
Canselor UKM, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyampaikan anugerah tertinggi akademik itu kepada Lula.
Dalam pada itu, Sufian menjelaskan bahawa UKM melalui Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) menempatkan Pusat Kajian Amerika Latin (iKAL) yang berperanan sebagai hab penyelidikan aktif mengenai Amerika Latin di rantau Asia Tenggara.
“Ditubuhkan pada tahun 2013, iKAL merupakan sebahagian daripada persidangan Kajian Amerika Latin dan Asia (LASA) dan bekerjasama rapat dengan negara-negara MERCOSUR, di mana Brazil merupakan ahli pengasas,” tambahnya.
Lula yang lahir pada 27 Oktober 1945 di Garanhuns, Pernambuco, Brazil, datang daripada keluarga serba kekurangan dan mula bekerja seawal usia 12 tahun sebagai penggilap kasut dan pembantu pejabat.
Beliau menubuhkan Parti Pekerja (Worker’s Party - PT) pada tahun 1980 dan seterusnya dipilih sebagai Presiden Brazil buat pertama kali pada 2002, meraih hampir 53 juta undi.
Di bawah kepimpinannya, Brazil menyaksikan pertumbuhan ekonomi pesat dan kemajuan sosial yang signifikan melalui dasar pengagihan pendapatan, peningkatan gaji minimum, serta pelaksanaan program kebajikan Bolsa Família.
Selepas menamatkan dua penggal, Lula kembali dipilih sebagai Presiden untuk kali ketiga pada 2022, menjadikannya pemimpin pertama dalam sejarah Brazil yang memegang jawatan tertinggi negara sebanyak tiga kali melalui mandat rakyat dengan lebih 60 juta undi, jumlah tertinggi dalam sejarah pilihan raya Brazil.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


