awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita Terkini ASEAN25: Malaysia komited laksana Visi ASEAN 2045, transformasi inklusif - Mohamad Hasan

Faida Rahim
Faida Rahim
25/10/2025
06:25 MYT
Berita Terkini ASEAN25: Malaysia komited laksana Visi ASEAN 2045, transformasi inklusif - Mohamad Hasan
Mohamad (tengah) sifatkan penyempurnaan “ASEAN Vision 2045” sebagai pencapaian utama Mesyuarat Ke-37 Majlis Penyelarasan ASEAN (ACC). -Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menyifatkan penyempurnaan dokumen “ASEAN Vision 2045: Our Shared Future” sebagai pencapaian paling signifikan dalam Mesyuarat Ke-37 Majlis Penyelarasan ASEAN (ACC).

Ringkasan AI
  • Penyempurnaan dokumen ASEAN Vision 2045: Our Shared Future dan empat pelan strategik disifatkan sebagai pencapaian paling signifikan dalam Mesyuarat Ke-37 ACC, dengan fokus kepada transformasi ASEAN yang inklusif dan berdaya tahan.
  • Mohamad Hasan mengalu-alukan kemasukan penuh Timor-Leste sebagai anggota ke-11 ASEAN serta menekankan kepentingan pelaksanaan ASEAN Power Grid untuk kelestarian dan peralihan tenaga serantau.
  • Mesyuarat ACC menjadi platform penting dalam menyelaras dasar ASEAN merentasi tiga tonggak utama: politik-keselamatan, ekonomi dan sosial-budaya.

Beliau berkata, dokumen tersebut bersama empat pelan strategik yang menyertainya menyediakan pelan tindakan yang jelas dan menyeluruh untuk memacu transformasi ASEAN dalam tempoh dua dekad akan datang.
“Penyempurnaan ini tidak mungkin dicapai tanpa usaha gigih Pasukan Petugas Peringkat Tinggi, dedikasi para pegawai dari ketiga-tiga tonggak ASEAN, serta sumbangan Jawatankuasa Penyelaras Konektiviti ASEAN.
"Kita amat menghargai komitmen mereka,” katanya pada Mesyuarat Ke-37 Majlis Penyelarasan ASEAN (ACC), di sini, hari ini.
Mohamad menegaskan bahawa tumpuan kini harus diberikan kepada pelaksanaan inisiatif-inisiatif tersebut demi membina Komuniti ASEAN yang berteraskan rakyat, inklusif, mampan dan berdaya tahan.
Dalam perkembangan lain, beliau turut mengalu-alukan kemasukan penuh Timor-Leste sebagai anggota ke-11 ASEAN, yang disifatkan sebagai pencapaian bersejarah hasil usaha kolektif selama bertahun-tahun.
Mohamad turut menyentuh kemajuan penting dalam aspek kelestarian serantau dan kerjasama tenaga, khususnya melalui pemerkasaan pelaksanaan ASEAN Power Grid.
“Inisiatif utama ini memperkukuh konektiviti, mempercepat peralihan tenaga, dan menyokong komitmen ASEAN ke arah masa depan yang lebih hijau dan berdaya tahan,” katanya.
Mesyuarat ACC merupakan platform penting dalam menyelaras dasar dan pelaksanaan pelan strategik ASEAN merentasi tiga tonggak utama: politik-keselamatan, ekonomi, dan sosial-budaya.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#ASEAN Vision 2045 Our Shared Future
#ASEAN25
#Mohamad Hasan
#Majlis Penyelarasan ASEAN ACC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan