awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita Terkini ASEAN25: Malaysia komited perkukuh perpaduan ASEAN di tengah ketidaktentuan global - PM

Faida Rahim
Faida Rahim
26/10/2025
01:20 MYT
Berita Terkini ASEAN25: Malaysia komited perkukuh perpaduan ASEAN di tengah ketidaktentuan global - PM
Anwar berucap pada majlis pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di KLCC, Kuala Lumpur, hari ini. (Foto AP)
KUALA LUMPUR: Malaysia mengakui tanggungjawab besar yang digalas apabila mengambil alih Pengerusi ASEAN, dengan tekad untuk memperkukuh hala tuju dan matlamat bersama rantau ini demi memenuhi harapan rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kepimpinan bukanlah satu rutin, sebaliknya satu pilihan yang menuntut keberanian untuk menetapkan keutamaan, memperbaharui semangat ASEAN, serta merangka haluan yang mencerminkan aspirasi rakyat.
“Tahun 2025 menuntut lebih daripada kita semua. Dunia kini berada dalam keadaan tidak menentu, susunan lama tidak lagi pasti, manakala susunan baharu masih belum terbentuk sepenuhnya,” kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Tambah Anwar, rantau ASEAN kini berdepan dengan persaingan yang semakin meningkat dan ketidaktentuan.
“Keadaan ini bukan sahaja menguji ketahanan ekonomi, malah mencabar iltizam kolektif negara-negara anggota untuk terus mempercayai semangat kerjasama, serta yakin bahawa persefahaman dan dialog masih mampu mengatasi perpecahan zaman ini.
“Namun begitu, di sebalik segala cabaran ini, ASEAN tetap utuh. Kekuatan kita bukan terletak pada keseragaman, tetapi pada keyakinan bahawa rasa hormat dan kewarasan masih menjadi pengikat utama antara kita,” tambah beliau.
Malaysia bertekad untuk memimpin ASEAN ke arah masa depan yang lebih inklusif, stabil dan makmur, selaras dengan aspirasi serantau dan cabaran global semasa.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ASEAN25
#Pengerusi ASEAN
#Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan