Berita Terkini ASEAN25: Presiden Timor-Leste, Menteri Luar Finland tiba untuk hadiri Sidang Kemuncak ASEAN

Jose Ramos-Horta tiba di Malaysia menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, di Kompleks Bunga Raya, KLIA, Sepang, 24 Okt 2025. --fotoBERNAMA
SEPANG: Presiden Timor-Leste Jose Ramos-Horta antara pemimpin dunia tiba di Malaysia semalam untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.
Pesawat membawa beliau mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 6.30 petang dan disambut Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Terdahulu, Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao tiba pada 12.30 tengah hari, disusuli Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn pada 6.57 petang dan Menteri Luar Finland Elina Valtonen pada 10.20 malam.
Sidang kemuncak berkenaan yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Okt ini menghimpunkan pemimpin ASEAN dan rakan dialog termasuk Amerika Syarikat, China dan Jepun, yang disifatkan sebagai perhimpunan ASEAN terbesar sejak penubuhan badan serantau itu pada 1967.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


