NATIONAL
Jalan runtuh Mersing: 'Inilah jalan utama untuk saya pergi dialisis tiga kali seminggu' - Mohd Kassim

Laluan di KM16 Jalan Jemaluang - Mersing terpaksa ditutup memandangkan ia membahayakan nyawa pengguna jalan raya. - Foto Astro AWANI
Penduduk sekitar Jemaluang berharap pihak berkuasa dapat menyegerakan usaha membaik pulih jalan yang runtuh di KM 16 Jalan Jemaluang - Mersing.
Penduduk Tenggaroh 6, Mohd Kassim Yusoff antara individu yang sering menggunakan jalan tersebut yang menghubungkan bandar Mersing.
Mohd Kassim tidak ada pilihan selain menggunakan jalan alternatif, Jemaluang - Jalan Nitar Utama yang mengambil masa satu jam untuk ke bandar, dua kali ganda masa perjalananan berbanding jalan utama.
"Sekarang saya terpaksa ikut jalan yang lebih jauh kerana tiada jalan lain," kata Kassim semasa ditemui ketika Astro AWANI meninjau kawasan kejadian.
Kejadian jalan runtuh berlaku pukul 2.30 pagi tadi yang menyaksikan seorang warga emas cedera apabila kereta yang dipandu masuk ke kawasan mendapan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami