MALAYSIA
[BERITA TERKINI] PRN Sabah: Rumah baharu Kampung Gas perlu dilengkapkan segera untuk penempatan penduduk
Alias Sani menuntut agar kerajaan memenuhi kebajikan dan hak mangsa kebakaran dengan selesaikan pembinaan rumah di kawasan itu. -Foto Astro AWANI
SANDAKAN: Keperluan melengkapkan rumah baharu di bawah Projek Program Perumahan Rakyat Termiskin(PPRT) di Kampung Gas semakin mendesak, susulan penduduk yang masih menunggu untuk berpindah masuk selepas bertahun-tahun ditempatkan di penempatan sementara.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong, Alias Sani, perkara itu dibangkitkan susulan lawatan berterusan ke kawasan penempatan kontena sejak lima tahun lalu.
“Saya telah beberapa kali pergi ke Kampung Gas. Mereka tinggal dalam kontena dengan masalah tandas, air dan elektrik.
“Isu ini juga saya bawa beberapa kali di Sidang DUN, menuntut supaya kerajaan memastikan kebajikan dan hak mangsa kebakaran dipertahankan,” katanya.
Alias berkata demikian sebagai respons terhadap laporan Astro AWANI yang membawakan suara penduduk Kampung Gas, yang merayu agar kediaman yang sudah siap dibina dilengkapkan dengan pemasangan utiliti seperti air dan elektrik.
BACA: Penduduk Kampung Gas rayu penyelesaian segera projek PPRT
BACA: PPRT Kampung Gas hampir lengkap sepenuhnya, utiliti tidak termasuk skop projek
Selain itu, penduduk turut menggesa agar jambatan penghubung ke setiap rumah dapat dibina dengan segera.
Tambahnya, pelbagai usaha telah dilakukan termasuk pertemuan dengan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, bagi mendesak kementerian berkaitan mempercepatkan pembinaan rumah tersebut.
Selain itu, Alias yang merupakan calon Warisan bagi kerusi DUN Sekong menjelaskan, beliau pernah mengadakan perjumpaan dengan bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Henry Idol, sebanyak dua kali, sebelum ini.
Malah telah bertemu Presiden MPS, Walter Joseph Kinson, pada Jun lalu, untuk mendapatkan penjelasan mengenai kelewatan projek berkenaan.
“Pada bulan Jun, beliau (Walter) memberi jaminan bahawa rumah itu akan siap pada bulan Ogos. Malangnya, sehingga sekarang kerajaan masih gagal menyiapkannya,” tegas Alias.
Selain itu, Alias memberi jaminan bahawa sekiranya Warisan diberi peluang kembali mentadbir, isu pembinaan rumah di Kampung Gas akan diselesaikan segera.
“Saya memberi jaminan, jika kami diberi mandat, kami akan selesaikan pembinaan rumah Kampung Gas dalam tempoh tiga bulan,” katanya lagi.
Pada Jumaat, Jurutera Awam Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (PPN Sabah), Hamidah Abdul Hamid berkata, setiap unit rumah di bawah projek itu akan melalui proses pengesahan siap November ini.
Menurutnya, rumah-rumah tersebut sebenarnya telah disiapkan pada Oktober berdasarkan pemantauan di lapangan.
Bagaimanapun, Hamidah menegaskan bahawa bekalan utiliti asas seperti bekalan elektrik dan air tidak termasuk dalam skop kerja kontraktor yang membina rumah PPRT berkenaan.
Oleh itu, permohonan pemasangan utiliti perlu dibuat oleh pemilik rumah selepas penyerahan rasmi dilakukan.
Hamidah menambah, proses pra-lawatan Certificate of Practical Completion (CPC) akan dijalankan sebagai langkah wajib sebelum penyerahan rumah dibuat.
Pemeriksaan CPC ini ujarnya, penting untuk memastikan semua komponen pembinaan berada dalam keadaan selamat dan berfungsi.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Penduduk Kampung Gas di Sabah menanti keperluan rumah baharu di bawah Projek Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan pemasangan utiliti seperti air dan elektrik.
- Penyandang kerusi DUN Sekong, Alias Sani, menuntut agar kerajaan memenuhi kebajikan dan hak mangsa kebakaran dengan selesaikan pembinaan rumah di kawasan itu.
- Jurutera Awam ICU JPM Sabah menyatakan bahawa rumah-rumah PPRT dijangka siap pada November tetapi pemilik perlu uruskan pemasangan utiliti seperti elektrik dan air selepas penyerahan rasmi rumah dilakukan.
Menurut penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong, Alias Sani, perkara itu dibangkitkan susulan lawatan berterusan ke kawasan penempatan kontena sejak lima tahun lalu.
“Saya telah beberapa kali pergi ke Kampung Gas. Mereka tinggal dalam kontena dengan masalah tandas, air dan elektrik.
“Isu ini juga saya bawa beberapa kali di Sidang DUN, menuntut supaya kerajaan memastikan kebajikan dan hak mangsa kebakaran dipertahankan,” katanya.
Alias berkata demikian sebagai respons terhadap laporan Astro AWANI yang membawakan suara penduduk Kampung Gas, yang merayu agar kediaman yang sudah siap dibina dilengkapkan dengan pemasangan utiliti seperti air dan elektrik.
BACA: Penduduk Kampung Gas rayu penyelesaian segera projek PPRT
BACA: PPRT Kampung Gas hampir lengkap sepenuhnya, utiliti tidak termasuk skop projek
Selain itu, penduduk turut menggesa agar jambatan penghubung ke setiap rumah dapat dibina dengan segera.
Tambahnya, pelbagai usaha telah dilakukan termasuk pertemuan dengan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, bagi mendesak kementerian berkaitan mempercepatkan pembinaan rumah tersebut.
Selain itu, Alias yang merupakan calon Warisan bagi kerusi DUN Sekong menjelaskan, beliau pernah mengadakan perjumpaan dengan bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Henry Idol, sebanyak dua kali, sebelum ini.
Malah telah bertemu Presiden MPS, Walter Joseph Kinson, pada Jun lalu, untuk mendapatkan penjelasan mengenai kelewatan projek berkenaan.
“Pada bulan Jun, beliau (Walter) memberi jaminan bahawa rumah itu akan siap pada bulan Ogos. Malangnya, sehingga sekarang kerajaan masih gagal menyiapkannya,” tegas Alias.
Selain itu, Alias memberi jaminan bahawa sekiranya Warisan diberi peluang kembali mentadbir, isu pembinaan rumah di Kampung Gas akan diselesaikan segera.
“Saya memberi jaminan, jika kami diberi mandat, kami akan selesaikan pembinaan rumah Kampung Gas dalam tempoh tiga bulan,” katanya lagi.
Pada Jumaat, Jurutera Awam Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (PPN Sabah), Hamidah Abdul Hamid berkata, setiap unit rumah di bawah projek itu akan melalui proses pengesahan siap November ini.
Menurutnya, rumah-rumah tersebut sebenarnya telah disiapkan pada Oktober berdasarkan pemantauan di lapangan.
Bagaimanapun, Hamidah menegaskan bahawa bekalan utiliti asas seperti bekalan elektrik dan air tidak termasuk dalam skop kerja kontraktor yang membina rumah PPRT berkenaan.
Oleh itu, permohonan pemasangan utiliti perlu dibuat oleh pemilik rumah selepas penyerahan rasmi dilakukan.
Hamidah menambah, proses pra-lawatan Certificate of Practical Completion (CPC) akan dijalankan sebagai langkah wajib sebelum penyerahan rumah dibuat.
Pemeriksaan CPC ini ujarnya, penting untuk memastikan semua komponen pembinaan berada dalam keadaan selamat dan berfungsi.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah perkara yang menyebabkan keperluan melengkapkan rumah baharu di bawah Projek Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Gas begitu mendesak?
A: Penduduk masih menunggu untuk berpindah masuk selepas bertahun-tahun ditempatkan di penempatan sementara, dengan keperluan utiliti seperti air dan elektrik yang belum dipasang. - Q: Apakah tindakan yang telah diambil oleh penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong, Alias Sani, berikutan isu penduduk Kampung Gas?
A: Alias Sani telah membuat lawatan berterusan ke kawasan penempatan kontena, membawa isu penduduk ke Sidang DUN, dan mendesak kerajaan memastikan kebajikan penduduk dipertahankan. - Q: Apa yang dilakukan penduduk Kampung Gas untuk memastikan kediaman yang sudah siap dibina dilengkapkan dengan utiliti seperti air dan elektrik?
A: Penduduk telah merayu agar rumah yang sudah siap dibina dipasang dengan utiliti, serta menggesa pembinaan jambatan penghubung ke setiap rumah dengan segera. - Q: Apakah jaminan yang diberikan oleh Alias Sani, calon Warisan bagi kerusi DUN Sekong, berkenaan isu pembinaan rumah di Kampung Gas?
A: Alias Sani memberi jaminan bahawa isu pembinaan rumah akan diselesaikan dalam tempoh tiga bulan sekiranya Warisan diberi peluang kembali mentadbir. - Q: Apakah proses yang perlu dilalui bagi setiap unit rumah di bawah Projek Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Gas sebelum penyerahan rasmi dilakukan?
A: Setiap unit rumah akan melalui proses pengesahan siap pada bulan November melalui pra-lawatan Certificate of Practical Completion (CPC) untuk memastikan komponen pembinaan berada dalam keadaan selamat dan berfungsi.