Skip to main content

Malaysia

Berkat kesabaran dan persefahaman, kita dapat mengatasi segala-galanya - Najib

61351051944_295x200.jpg
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya terus bersatu padu dan berusaha gigih untuk memastikan negara sentiasa dipenuhi keharmonian.

Perdana menteri berkata persengketaan pasti berlaku apabila masyarakat berbilang bangsa dan agama enggan menerima hakikat perbezaan antara mereka.

"Meskipun begitu, tetap wujud percubaan untuk memecahbelahkan harmoni antara kita. Sering kali tekad perpaduan kita diuji. Mujurlah, berkat kesabaran, penerimaan dan persefahaman, kita dapat mengatasi segala-galanya.

"Kita insafi nikmat kerana dapat hidup di bumi bertuah ini," katanya dalam mesej Hari Krismas yang disiarkan blog www.1Malaysia.com.my.

Klik video untuk melihat laporannya.

Advertisement

Must Watch Video