Fenomena gerhana bulan separa atau dikenali sebagai ‘partial lunar eclipse’ yang menjelma pada pagi Rabu ternyata dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.
Rata-rata pengunjung mula berkumpul di Planetarium Negara pada 2 pagi bagi menyaksikan sesi pencerapan planet Zuhal dan Musytari sebelum berlakunya gerhana bulan separa.
Bagaimanapun, menurut Pengarah Planetarium Negara, Anita Bahari, keadaaan cuaca yang tidak mengizinkan menjadikannya sukar untuk mencerap.
“Kami mula melihat gerhana bulan separa bermula jam 4.01 pagi dan ia berakhir sekitar jam 5.49 pagi.
“Sekitar 300 pengunjung mula membanjiri kawasan ini tetapi banyak yang pulang sebaik sahaja melihat fenomena itu. Ini kerana rata-rata bekerja dan anak-anak perlu ke sekolah,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di acara pencerapan langit yang bertempat di perkarangan Planetarium Negara.
Rata-rata pengunjung yang hadir nyata tidak melepaskan peluang untuk melihat fenomena semula jadi tersebut menggunakan teleskop yang disediakan.
Antaranya, Muhammad Amshyar Ammar Rizal yang sungguh teruja kerana dapat menyaksikan satu fenomena yang jarang berlaku itu.
“Fenomena ini memang jarang berlaku dan dalam setahun, ia akan hanya akan berlaku dalam satu atau dua kali.
“Saya dapat melihat bagaimana fenomena itu berlaku secara lebih dekat dengan menggunakan teleskop.
“Walaupun terpaksa bangun awal, ia memang berbaloi,” kata Muhammad Amshyar.
Pandangan yang sama turut dikongsi Muhd Khairani Mohd Azhar.
“Kebiasannya di universiti, saya hanya belajar teori mengenai fenomena ini tetapi pada malam ini, saya boleh mengamalkan pelajaran selama ini," ujarnya.
Apa itu Gerhana Bulan Separa?
Gerhana bulan sebenarnya berlaku apabila bulan memasuki kawasan bayang-bayang bumi.
Namun tidak semua gerhana berlaku dalam bentuk yang sama.
Perbezaannya bergantung kepada kawasan bayang-bayang bumi yang mana satu, yang sedang dilalui oleh bulan.
Kali terakhir rakyat malaysia menyaksikan gerhana bulan menghiasi Malaysia ialah setahun yang lalu iaitu pada Julai 2018.
Selain Malaysia, gerhana bulan separa ini dapat dilihat di Australia, hampir keseluruhan Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan.
Isabelle Leong
Wed Jul 17 2019
Selain Malaysia, gerhana bulan separa ini dapat dilihat di Australia, hampir keseluruhan Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Peluang lihat Gerhana Matahari Anulus selepas 1998
Gerhana Matahari Anulus yang pernah terjadi 21 tahun yang lalu iaitu pada 22 Ogos 1998, di Mersing, Johor akan berlaku lagi pada 26 Disember depan.
Berkumpul pukul 2 pagi untuk saksi fenomena gerhana bulan separa
Rata-rata pengunjung yang hadir nyata tidak melepaskan peluang untuk melihat fenomena semula jadi tersebut menggunakan teleskop yang disediakan.