PUTRAJAYA: Kehadiran murid-murid ke sekolah, dan institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), adalah diwajibkan bermula 1 Mei ini, kata Datuk Mohd Radzi Jidin.
Dalam satu sidang media khas hari ini, Menteri Kanan Pendidikan itu berkata, pengecualian hanya diberikan kepada mereka yang mempunyai sebab tertentu, termasuk individu yang didapati positif COVID-19.
Beliau berkata, memandangkan negara masih bergerak ke arah fasa endemik, kementerian mengambil maklum akan ada kes positif berlaku di sekolah, dan beberapa ketetapan untuk pengurusan kehadiran telah dimuktamadkan.
“Jika ada murid bergejala yang hadir ke sekolah, pertama sekali, kita asingkan di bilik isolasi, jalankan ujian kendiri, dan sekiranya negatif, boleh ke kelas, dan pakai pelitup muka. Jika positif, guru akan hubungi ibu bapa jemput murid dan bawa pulang ke rumah. Itu dalam keadaan sekiranya datang ke sekolah dan bergejala.
“Bagi kehadiran guru, pegawai pengurusan dan anggota kumpulan pelaksana, kehadiran ke institusi adalah wajib. Jika ada guru bergejala, guru ini perlu melaksanakan ujian kendiri, sekiranya negatif perlu pakai pelitup muka,” katanya lagi.
Menyentuh mengenai waktu rehat, Mohd Radzi berkata, murid-murid dan guru dibenarkan untuk makan di kantin seperti biasa.
Selain itu, beliau berkata, aktiviti sukan yang melibatkan pertandingan antara sekolah, di peringkat daerah mahupun negeri juga dibenarkan seperti biasa, dengan syarat tiada individu positif yang menyertai aktiviti berkenaan.
Mengenai pemakaian baju seragam serta tatahias diri seperti rambut dan sebagainya, beliau berkata, kelonggaran akan terus diberikan sehingga sesi penggal persekolahan kedua yang bermula 12 Jun ini.
“Sebelum ini kita kata murid digalakkan pakai seragam sekolah, jadi kita akan terus galakkan, Namun begitu murid diwajibkan pakai pakaian seragam bermula sesi persekolahan penggal kedua pada 12 Jun ini.
“Termasuk rambut panjang, ramai murid datang rambut panjang, sebab sebelum ini Menteri kata tak apa. Bermula 12 Jun ini, etika pemakaian, rambut dan sebagainya adalah seperti sebelum pandemik COVID-19 bermula,” katanya lagi.
Mohd Radzi berkata, bagi murid yang bersekolah asrama, aktiviti ‘outing’ dan pulang bermalam di kediaman keluarga juga turut dibenarkan, dan ibu bapa juga dibenarkan melawat anak atau jagaan mereka di asrama sekolah seperti biasa.
Mengulas lanjut, Mohd Radzi berkata, pihak KPM ingin menzahirkan penghargaan kepada kesemua warga pendidik, ibu bapa dan penjaga, yang memahami kesukaran sektor pendidikan sepanjang tempoh dua tahun ini.
“Kita melalui satu zaman cukup sukar, bemula 14 Februari lepas, kita dah kembalikan murid ke sekolah, dan 1 Mei ini kita mempunyai ketetapan baharu, kita buka sektor pendidikan dengan luas seperti sebelum pandemik datang.
“Namun sama-sama kita pastikan bahawa dalam kita buka sektor pendidikan, kita perlu pastikan anak-anak terus hadir dengan selamat dan teratur. Mohon jasa baik semua pihak, ibu bapa dan guru, pastikan kita mematuhi segala ketetapan, bagi membolehkan sesi ini diteruskan dengan selamat,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Thu Apr 28 2022

Pengecualian hadir ke sekolah hanya diberikan kepada mereka yang mempunyai sebab tertentu, termasuk individu yang didapati positif COVID-19. - Astro AWANI

Malaysia gariskan agenda berani untuk PUIC mengenai belia, inovasi dan keadilan
Johari Abdul menyeru ahli Parlimen tidak sekadar menjalankan peranan simbolik sebaliknya mengamalkan agenda berprinsip yang berpandangan ke hadapan.

Pemimpin GCC gesa konflik Gaza dihentikan di Sidang Kemuncak bersama Trump
"Kami bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk meredakan situasi di Gaza, menamatkan konflik dan mencari penyelesaian menyeluruh kepada isu Palestin," titah Putera Mahkota Arab Saudi.

Akta Pembaharuan Semula Bandar buka kelebihan ketara - PropertyGuru Malaysia
Akta itu dijangka mampu membawa manfaat yang signifikan seperti pemeliharaan warisan, menghidupkan semula komuniti dan menjana impak ekonomi.

Pemilihan PKR: Jangan berkempen hingga pupuk rasa benci kepada calon lain - Fahmi
Calon yang bertanding jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan agar tidak memupuk rasa benci kepada calon lain semasa berkempen.

KPKM komited transformasi sektor pertanian lebih moden, dinamik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited untuk mentransformasikan sektor pertanian menjadi lebih moden, dinamik dan berdaya maju.
Rafizi setuju berdebat dengan Nurul Izzah
Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk berdebat dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bagi meredakan suhu yang memanas pada ketika ini dalam kalangan penyokong kedua-dua calon dalam pemilihan PKR pada ketika ini.
Sanusi sahkan terima jemputan rasmi hadiri LIMA '25
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sahkan menerima jemputan rasmi untuk menghadiri semua acara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25) yang bakal berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini.
Berkempen secara terbuka selari dengan semangat reformasi - Rafizi
v
Pengarah eksekutif antara tiga individu direman SPRM
Tiga individu termasuk seorang bekas pengarah eksekutif ditahan reman kerana disyaki bersubahat menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi tujuan tuntutan berjumlah kira-kira RM2.5 juta.
Rafizi setuju berdebat, Izzah pula tolak mahu elak pergeseran
Rafizi setuju berdebat, Izzah pula tolak mahu elak pergeseran

Tiga pelajar cedera kemalangan ketika dalam perjalanan ke sekolah
Kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha NVX yang dipercayai melanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

JPN sasar selesaikan lebih 12,000 masalah pengenalan diri pelajar pada Jun
Jabatan Pendaftaran Negara menyasarkan untuk menyelesaikan kesemua 12,101 masalah keciciran dokumentasi di seluruh negara seawal Jun ini.

Banjir: Lebih 2,000 pelajar di Terengganu diberi cuti bencana
Sebanyak 109 buah sekolah dijadikan PPS, dengan daerah Besut mencatat jumlah tertinggi iaitu sebanyak 31 buah.

Pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dibuka 6 pagi kepada pelajar sekolah - Polis
Pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dibuka seawal 6 pagi untuk pelajar yang menetap di Golok, Thailand pergi ke sekolah di Rantau Panjang mulai 1 Dis ini.

Kes ponteng, buli di sekolah di Jepun catat rekod tertinggi
Seramai 346,482 pelajar sekolah rendah dan menengah di Jepun diklasifikasikan sebagai ponteng pada 2023, mencatatkan peningkatan tahunan selama sebelas tahun berturut-turut.

Budak 9 tahun maut dilanggar ketika melintas jalan
Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun maut dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, Kampung Belimbing di sini pada Khamis.

779 kes kemalangan maut babitkan pelajar sekolah - Pengarah JSPT
Sebanyak 779 kes kemalangan maut membabitkan pelajar sekolah direkodkan di seluruh negara sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini.

Kes kemalangan pelajar meningkat di Perak
Sebanyak 622 kemalangan jalan raya melibatkan pelajar sekolah direkodkan sehingga Ogos lepas, meningkat 20 kes berbanding yang dicatat bagi tempoh sama tahun sebelumnya di negeri ini.

China pastikan 2 jam aktiviti fizikal harian untuk pelajar sekolah rendah, menengah rendah
Langkah ini bertujuan menyelesaikan masalah penglihatan dan berat badan dengan memastikan pelajar mendapat pendedahan cahaya matahari yang mencukupi.

Polis kesan pemandu kereta langgar lari pelajar sekolah
Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian agar tampil membantu siasatan polis.