awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bernas salur bantuan kepada lebih 6,000 mangsa banjir di Perlis, Kelantan

Khalis Khadir
Khalis Khadir
02/01/2026
12:04 MYT
Bernas salur bantuan kepada lebih 6,000 mangsa banjir di Perlis, Kelantan
Bernas turut menyampaikan bantuan beras kepada lebih 100 keluarga asnaf dan golongan B40 semasa penyerahan sumbangan bersama YaPEIM di Cherang Ruku, Kelantan. - Foto Bernas
KUALA LUMPUR: Lebih 6,000 mangsa banjir di Perlis dan Kelantan menerima bantuan daripada Padiberas Nasional Berhad (Bernas) sebagai usaha meringankan beban mereka dalam fasa pemulihan.

Ringkasan AI
  • Lebih 6,000 mangsa banjir di Perlis dan Kelantan menerima bantuan daripada Bernas untuk meringankan beban pemulihan.
  • Bantuan termasuk persediaan persekolahan, kotak makanan, dan baiki infrastruktur komuniti, dengan fokus kepada keluarga yang bakal memulakan sesi persekolahan baharu.
  • Bernas turut sumbang RM20,000 untuk baiki masjid di Kelantan dan RM10 juta setahun kepada Tabung Bencana Tanaman Padi, menunjukkan komitmen dalam membantu pesawah yang terkesan.

Pengurus Kanan Unit Bekalan Skim Wilayah Utara, Haslizan Hashim berkata, inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Bernas dalam membantu komuniti pesawah yang terkesan.
“Selain bantuan persediaan persekolahan, kotak makanan serta kerja-kerja baik pulih infrastruktur komuniti, kami turut menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf dan keluarga B40 di Simpang Empat, Perlis dan Cherang Ruku, Kelantan bagi memastikan keperluan asas mereka dapat dipenuhi,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Jelasnya, tumpuan khusus diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak-anak bakal memasuki sesi persekolahan baharu, supaya mereka dapat memulakan tahun dengan lebih bersedia walaupun berdepan kesan banjir.
“Bantuan ini diharap dapat meringankan tekanan kewangan mangsa banjir, terutamanya keluarga yang sedang berusaha membina semula kehidupan selepas bencana,” katanya.
Bernas turut menyalurkan bantuan RM20,000 bagi membaik pulih infrastruktur di Masjid At-Taqwa, Pekan Cherang Ruku, Pasir Puteh dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIEM).
Haslizan memaklumkan, Bernas turut menyumbang RM10 juta setahun kepada Tabung Bencana Tanaman Padi bagi membantu pesawah yang terkesan akibat banjir dan faktor luar jangka.
Sementara itu, Pemangku Ketua Divisyen Sumber Dana YAPEIM, Tengku Idzmul Aziim Tengku Alang berkata, selain sumbangan kewangan, Bernas turut menyampaikan bantuan beras kepada keluarga yang memerlukan.
“Kami berharap kerjasama ini dapat terus diperkukuh bagi menyokong usaha membantu golongan terkesan secara lebih menyeluruh,” katanya.
Topic Berkaitan
#BERNAS
#mangsa banjir
#Perlis
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan