BUKIT MERTAJAM: Taktik kotor sebuah kilang kitar semula bateri kadmium dan lithium terpakai yang beroperasi secara haram dalam kilang plastik terbongkar selepas diserbu Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang, semalam.
Serbuan ke atas kilang yang terletak di Ara Kuda, Bukit Mertajam itu dilakukan selepas JAS mendapati premis tersebut menjalankan aktiviti pengolahan dan pemerolehan kembali bateri kadmium dan lithium terpakai tanpa mendapat lesen terlebih dahulu.
Pengarah JAS Pulau Pinang, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, susulan serbuan itu, pihaknya telah menyita sebanyak 250 bekas yang mengandungi buangan bateri lithium-kadmium terpakai di kilang tersebut.
Selain itu, kilang yang dipercayai milik warga China itu turut dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
“Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) diambil bagi menghentikan pencemaran serta-merta dari aktiviti pemanasan serta pembakaran buangan terjadual daripada terus berlaku yang seterusnya dan boleh mengakibatkan pencemaran udara,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut Sharifah Zakiah, siasatan awal, didapati bahan buangan itu telah dibawa masuk melalui kargo udara.
“Penggunaan kargo udara ini dipercayai digunakan bagi mengelakkan pemeriksaan ketat kontena melalui jalan laut. Berdasarkan siasatan awal, premis dipercayai dimiliki oleh warga China,” jelasnya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah beberapa peruntukan iaitu, Seksyen 18(1) kerana beroperasi tanpa lesen yang sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 dan/atau dua tahun penjara.
Kes juga disiasat dibawah seksyen 34A(A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu menjalankan aktiviti kitar semula buangan terjadual tanpa pengemukaan laporan EIA dan memperolehi kelulusan EIA terlebih dahulu.
Kesalahan dibawah Seksyen 34A, memperuntukkan denda maksimum RM500,000 dan/ atau penjara maksimum lima tahun.
Sharifah Zakiah berkata, premis tersebut juga akan disiasat di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 dan hukuman penjara maksimum lima tahun.
Tambahnya, sebanyak 93 kompaun dengan nilai keseluruhan RM186,000 juga dikeluarkan kepada premis atas kesalahan menjalankan pemerolehan kembali buangan terjadual bukan di premis yang ditetapkan di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
Pada masa yang sama JAS turut mengingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar atau pelanggaran Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Aug 19 2022

Kilang yang dipercayai milik warga China itu turut dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. - Foto JAS

Mayat lelaki dipercayai pelancong India ditemukan dalam sungai - Polis
Satu mayat lelaki dipercayai pelancong India yang hilang ketika mendaki Gunung Jasar, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang ditemukan di dalam sungai di kawasan sempadan Perak-Pahang hari ini.
Rakyat Maldives tunai tanggungjawab pilih Presiden
283,000 pengundi di Maldives pada Sabtu menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk memilih Presiden, lapor Agensi Berita Jerman. Pemilihan Presiden itu menyaksikan pertembungan antara calon pro-India dan pro-China.
Robert Kennedy Jr sertai Pemilihan Presiden AS 2024
Calon Presiden Amerika Syarikat, Robert F. Kennedy Jr akan mengumumkan untuk bertanding sebagai calon bebas.
Suspek kedua tebang pokok ikonik Sycamore di UK ditahan
Seorang lagi ditahan kerana disyaki menebang pokok Sycamore Gap berusia 300 tahun di utara England.
"Saya ada rasa tak sedap hati..." - Rakan mangsa
Perasaan tidak sedap hati seorang wanita berakhir dengan perkhabaran sahabat baiknya maut ditikam suami di rumahnya di Jalan Padang Nyu, Arau pada Sabtu.
Sultan Nazrin berkenan sempurnakan perasmian
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan mencemar duli berangkat menyempurnakan majlis perasmian Perak Agrofest 2023 di Sungai Siput, pada Sabtu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 September 2023.
Kerajaan Selangor tunggu kelulusan KM untuk roboh Stadium Shah Alam
Kerajaan Selangor sedang menunggu kelulusan kebenaran merancang (KM) untuk melaksanakan perobohan Stadium Shah Alam yang bakal diganti dengan Kompleks Stadium Shah Alam (KSSA) baharu.
Tuntutan guru di Malaysia bukti lebih fokus kepada pengajaran
Guru-guru di Malaysia lebih fokus kepada tugas sebagai tenaga pengajaran jika dilihat dari tuntutan dan keluhan mereka yang inginkan agar tidak dibebankan dengan tugas lain di luar bidang pengajaran.
SOP penyelenggaraan kemudahan sukan ditingkatkan - Fadhlina
Prosedur operasi standard (SOP) penyelenggaraan terhadap kemudahan sukan di sekolah akan ditingkatkan bagi memastikan kawasan sekolah adalah sifar kemalangan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beroperasi secara haram, kilang kitar semula bateri terpakai diserbu JAS
JAS mendapati premis tersebut menjalankan aktiviti pengolahan dan pemerolehan kembali bateri kadmium dan lithium terpakai tanpa mendapat lesen terlebih dahulu.