KUALA LUMPUR: Berpanas, dilanda angin kencang selain terpaksa melayan karenah masyarakat merupakan antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh petugas keselamatan di sekatan jalan raya (SJR) yang diadakan bagi mengawal pergerakan orang ramai ketika penularan wabak COVID-19.
Walaupun mencabar, dan mereka sendiri berdepan dengan bahaya COVID-19 ia tidak sesekali melemahkan semangat anggota keselamatan untuk terus berkhidmat.
Hari ini ramai yang boleh menarik nafas lega apabila Lembah Klang yang melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara, yang membolehkan pergerakan rentas daerah dibenarkan, dan berikutan itu SJR ditamatkan kecuali di sempadan-sempadan negeri.
BACA: COVID-19: Lembah Klang di Fasa 2 hari ini
Bagi seorang petugas SJR di Sentul, Insp Mohamad Faizal Abd Wahab, 33, pengalaman bertugas di SJR memberikan pelbagai pengalaman berharga kepadanya.
Mohamad Faizal berkata pengalaman paling tidak dapat dilupakan adalah apabila berlaku kejadian ribut secara tiba-tiba pada bulan lepas yang menyebabkan pelbagai alatan di SJR rosak akibat terjatuh ditolak angin.
Menceritakan pengalaman itu, beliau berkata pada petang hari kejadian cuaca adalah cerah dan tiada tanda hujan atau angin kuat akan melanda.
"Tiba-tiba berlaku angin kuat, habis kon-kon, lampu-lampu dan alatan yang diletak dalam khemah terbang ditiup angin," katanya kepada Bernama.
Bagi seorang lagi petugas SJR di Petaling Jaya, Insp Che Azizi Che Ahmad, 40, bertugas di SJR amat memerlukan kesabaran yang tinggi terutama dalam menangani karenah orang ramai yang ingin merentas daerah tanpa alasan yang kukuh.
"Antara alasan yang diberikan orang ramai yang tinggal di Kuala Lumpur hendak merentas ke Petaling Jaya ialah ingin ke rumah isteri kedua, mahu menghantar makanan ke rumah tunang malah ada yang memberi alasan mahu ke pasar di Jalan Othman (di Petaling Jaya).
"Ada juga pengguna jalan raya yang marah-marah kerana terperangkap lama akibat kesesakan di SJR, bagaimanapun selepas diterangkan dan berbincang dengan pegawai yang ditempatkan di SJR mereka memahami mengapa SJR ini perlu dilakukan," katanya.
Che Azizi berkata bertugas di SJR juga mendedahkan beliau dan anggota-anggota lain dengan risiko jangkitan COVID-19.
Katanya oleh itu beliau mengambil langkah berjaga-jaga, dan selain mengenakan pelitup muka serta sarung tangan, beliau juga mandi dan membersihkan diri terlebih dahulu sebelum balik ke rumahnya di Bangi.
"Kadang-kadang saya mandi di pejabat, kadang-kadang saya berhenti di kawasan rehat dan rawat di lebuh raya untuk mandi sebelum pulang kerana tidak mahu membahayakan anak-anak dan isteri," katanya.
Bagi Mohd Hidayat Aziz, 35, anggota berpangkat Sarjan di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor beliau bersedia pada bila-bila masa untuk ditugaskan di SJR sekiranya diperlukan.
"Anggota polis dilatih untuk sentiasa bersedia untuk melakukan apa-apa tugasan sekiranya diperlukan bagi menjaga keselamatan masyarakat.
"Bertugas di pejabat atau di lapangan SJR tidak beri perbezaan apa-apa. Sekiranya SJR perlu diadakan semula saya tiada masalah untuk bertugas. Bagaimanapun saya harap SJR tidak perlu diadakan, dan COVID-19 dapat dikawal sepenuhnya," katanya yang pernah bertugas di SJR Gohtong, Lembah Beringin dan berhampiran sempadan Perak di Tanjung Malim sejak tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 10 2021
Walaupun mencabar, dan mereka sendiri berdepan dengan bahaya COVID-19 ia tidak sesekali melemahkan semangat anggota keselamatan untuk terus berkhidmat. - Foto BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.