awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lembah Klang di Fasa 2 hari ini

Astro Awani
Astro Awani
09/09/2021
21:58 MYT
COVID-19: Lembah Klang di Fasa 2 hari ini
Hari ini, kawasan Lembah Klang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih daripada fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) kepada Fasa 2. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Hari ini, kawasan Lembah Klang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih daripada fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) kepada Fasa 2.
Perkara itu seiring dengan kenyataan perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu lepas.
Di bawah Fasa 2 PPN, kelonggaran yang diberikan adalah sama seperti negeri yang telah memasuki Fasa 2 sebelum ini, sebagaimana ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Antara kelonggaran yang diberikan, kebenaran merentas daerah bagi individu, kebenaran merentas negeri untuk pasangan suami isteri jarak jauh, kebenaran merentas negeri untuk ibu bapa berjumpa anak di bawah 18 tahun, serta aktiviti dine-in.
Selain itu, aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama bagi penginapan di hotel dan homestay.
Bagaimanapun, kelonggaran ini hanyalah untuk mereka yang lengkap dua dos sahaja.
Bagi negeri Fasa 2 dan Fasa 3 pula, kelonggaran tambahan diberikan kepada perniagaan di kedai gunting, dandanan rambut, dan salon kecantikan.
Kini, hanya Kedah dan Johor masih berada di bawah Fasa 1 PPN.
Topic Berkaitan
#Lembah Klang
#Fasa 2
#Pelan Pemulihan Negara
#MKN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan