awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berpura-pura jadi pelanggan sebelum larikan barang kemas

Sinar Harian
Sinar Harian
09/04/2022
02:21 MYT
Berpura-pura jadi pelanggan sebelum larikan barang kemas
Tangkap layar suspek berpura-pura melihat barang kemas. - Foto Sinar Harian
KUALA PILAH: Seorang wanita berpura-pura menjadi pelanggan sebelum melarikan seutas gelang tangan emas yang dianggarkan bernilai RM10,000 dalam kejadian di sebuah kedai emas di Pekan Kuala Pilah di sini pada Jumaat.
Kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan visual muka suspek tular di Facebook.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan, Amran Mohd Ghani berkata, polis menerima maklumat kejadian jam 8.18 malam daripada jurujual kedai berkenaan.
"Difahamkan suspek yang berbadan gempal dan mempunyai kulit sawo matang berusia lingkungan usia 30 tahun telah melarikan seutas gelang tangan emas berat 36.76 gram.
"Berdasarkan rakaman CCTV, suspek telah dibantu seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha NVX warna merah tanpa nombor pendaftaran untuk melarikan diri," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan polis kini sedang memburu suspek.
Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di talian 06-4842999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#gelang tangan
#kedai emas
#amran mohd ghani
#Yamaha NVX warna merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan