Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bakal membincangkan mengenai pelantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai seorang daripada naib presiden parti, kata Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti yang akan diadakan bagi membincangkan pelbagai perkara dalam usaha untuk memperkukuhkan parti.
"Kita akan bincang perkara itu (pelantikan Mohamed Azmin) dalam EGM yang kita rasakan sesuai diadakan bersekali dengan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu (nanti)," katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di pekan Slim River di sini, hari ini. Turut hadir Mohamed Azmin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Ahmad Faizal berkata demikian semasa ditanya mengenai kedudukan Mohamed Azmin yang menyertai Bersatu semalam, dikatakan akan dilantik sebagai naib presiden parti.
Ketika ini, Bersatu mempunyai tiga Naib Presiden yang dipilih iaitu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.
Ahmad Faizal berkata EGM itu juga akan membincangkan mengenai pindaan perlembagaan parti dalam usaha untuk menarik lebih ramai ahli bukan Melayu dan Bumiputera menyertai Bersatu.
Ditanya mengenai pemilihannya sebagai timbalan presiden Bersatu, Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar Perak berkata beliau yakin mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.
"Saya kira bernasib baik kerana ada Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang amat disegani ahli dan rakyat ...saya juga ada banyak "abang", pemimpin (berpengalaman dalam parti) yang boleh beri nasihat," katanya.
Sementara itu ketika diminta mengulas isu yang dipermainkan pembangkang selepas beliau mengaku anak angkat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahmad Faizal berkata beliau banyak terhutang budi kepada bekas perdana menteri itu termasuk daripada segi didikan dalam dunia politik.
""Perasaan saya sampai sekarang saya anggap ayahanda Tun (Dr Mahathir) seperti bapa saya ...saya tetap sayangkan Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun tidak lagi bersamanya sekarang," katanya sambil berterima kasih kepada Dr Mahathir.
Mengenai PRK DUN Slim, Ahmad Faizal berkata jentera Bersatu ikhlas dan komited dalam bekerja membantu Barisan Nasional (BN) dan calonnya Mohd Zaidi Aziz memperoleh kemenangan.
Mengulas perkara sama, Saifuddin berkata calon BN mempunyai peluang cerah hasil sokongan daripada akar umbi yang sentiasa bersama-sama sepanjang tempoh kempen.
"Mungkin ada perkara-perkara yang masih belum diselesaikan (oleh kerajaan negeri), tapi saya lihat untuk jangka panjang, (kerajaan) Perikatan Nasional memang formula yang terbaik untuk rakyat," katanya.
Pengundian PRK DUN Slim pada 29 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 23 2020
Ahmad Faizal berkata demikian semasa ditanya mengenai kedudukan Mohamed Azmin yang menyertai Bersatu semalam. -Bernama
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Bersatu bakal bincang pelantikan Azmin sebagai naib presiden - Ahmad Faizal
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bakal membincangkan mengenai pelantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai seorang daripada naib presiden parti.