KUALA LUMPUR:Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa parti itu akan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurut Muhyiddin, beliau optimis PN akan diterima rakyat susulan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini.
"Ramai yang agak meragui keputusan ini. Maklumlah, PN adalah parti yang baharu. Lambang PN tak dikenali berbanding parti-parti lain yang lebih lama. Tetapi saya mengambil risiko.
"Saya bertawakkal kepada Allah. Jika PN dapat diterima di Sabah, saya yakin PN dapat diterima oleh rakyat di seluruh negara.
"Saya percaya, dalam pilihan raya umum yang akan datang, Perikatan Nasional akan diterima baik oleh rakyat Malaysia. Kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan penerimaan rakyat Malaysia terhadap PN adalah tinggi.
"Oleh yang demikian, Bersatu telah membuat keputusan untuk menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15," katanya.
Muhyiddin berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu pada Sabtu.
Dalam masa sama, beliau menegaskan, penerimaan PN oleh rakyat adalah disebabkan imej sebuah kerajaan yang berfungsi dengan kepimpinan yang prihatin, amanah dan mengutamakan kebajikan rakyat.
Hasilnya, kata beliau, 17 daripada 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingan bersama parti-parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya membentuk kerajaan negeri Sabah yang baharu.
Fareez Azman
Sat Nov 28 2020

Muhyiddin optimis Perikatan Nasional akan diterima rakyat susulan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini.

Angkat sumpah Biden | Cabaran besar memulihkan negara
Joe Biden bakal berdepan pelbagai cabaran besar selepas dirasmikan sebagai Presiden Amerika Syarikat Ke-46 pada 20 Januari ini. Selain menangani pandemik COVID-19 yang membunuh 4 ribu penduduk setiap hari, biden juga perlu menyatukan semula rakyat negara itu, terutama selepas serangan di bangunan capitol pada 6 Januari lalu.

FMM minta kerajaan perluaskan Akta COVID-19 untuk sektor perdagangan dan logistik
Ia bertujuan bagi memulihkan sektor perdagangan dan logistik yang merosot akibat pandemik COVID-19.

PKP | Polis tiada kuasa batalkan kompaun
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan atau mengurangkan kompaun yang dikeluarkan terhadap mereka yang melanggar Perintah Kawalan Keselamatan (PKP), kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid.

10 Berita Pilihan - (18 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis, JKNS siasat kes minum arak di pusat kuarantin - Masidi
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius isu video tular individu meminum minuman keras di sebuah pusat kuarantin.

COVID-19: Tidak sampai seminggu, China siapkan pusat kuarantin dengan 4,160 bilik
Mengikut perancangan asal, pusat kuarantin yang meliputi kawasan seluas 34 hektar itu hanya akan menempatkan 3,000 buah bilik.

Amaran cuaca buruk di pedalaman dan pantai barat Sabah serta Labuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di pedalaman dan Pantai Barat di Sabah serta Labuan sehingga esok.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Persekolahan secara bersemuka Tabika Kemas ditangguh
Sesi persekolahan Tabika Kemas secara bersemuka di seluruh negara yang sepatutnya bermula pada 20 Jan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hampir 27 juta penduduk Malaysia dijangka terima vaksin COVID-19 tahun depan - PM
Hampir 27 juta atau lebih 80 peratus penduduk Malaysia dijangka menerima vaksin COVID-19 menjelang suku pertama tahun depan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Cabar proklamasi darurat bukti Anwar utamakan politik peribadi - MPT Bersatu
Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mencabar proklamasi darurat melalui mahkamah jelas memperlihatkan sikapnya yang lebih mementingkan agenda politik peribadi.

Pemimpin Melayu perlu lupakan perbalahan politik - Syed Ali
Sudah sampai masanya pemimpin politik yang mewakili kelompok Melayu 'duduk semeja' mencari jalan untuk memperbaiki keretakan perpaduan kaum sendiri.

Darurat: Kerajaan guna nama YDP Agong, elak keputusan dicabar - Tun M
Tun M berkata, penambahan kuasa kepada Perdana Menteri tidak semestinya beri jaminan wabak COVID-19 boleh dikawal sepenuhnya di negara ini.

Hukum ambil vaksin COVID-19 adalah harus - PM
Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil golongan ditetapkan kerajaan.

PERMAI: RM15 bilion peruntukan untuk rakyat! Ini antara berita gembira diumum Muhyiddin
Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung Pakej Bantuan Khas secara langsung, hari ini.

PERMAI: Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan
Lanjutan pengecualian cukai itu adalah bagi merancakkan semula jualan kenderaan penumpang yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Kerajaan Selangor berhasrat beli 5 juta dos vaksin COVID-19 - MB
Kerajaan Negeri Selangor berhasrat membeli kira-kira lima juta dos vaksin COVID-19 bagi rakyat negeri itu dan usaha itu disambut baik oleh Kerajaan Persekutuan serta KKM

PERMAI: Impak PKP 2.0 terhadap ekonomi masih terkawal - PM
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia adalah berikutan lebih banyak aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi ketika pelaksanaan PKP kali ini.