SHAH ALAM: Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di universiti awam perlu bersedia untuk masuk ke program The Next Match yang mungkin bukan pilihan mereka kerana persaingan sengit dan tempat terhad.
Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, ia juga bukanlah pengakhiran buat pelajar yang gagal menempatkan diri ke mana-mana universiti kerana mereka masih berpeluang untuk menyambung pelajaran.
Menurutnya, pelajar yang melepasi syarat kelayakan masih mempunyai peluang iaitu melalui proses rayuan atau membuat rayuan terus ke institusi.
“Masalah utama isu ini adalah program pilihan mereka sangat kompetitif dan terhad tempatnya.
"Sebenarnya di Malaysia, kita ada banyak tracking iaitu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), diploma, matrikulasi dan asasi.
“Kita nak setarakannya juga sangat mencabar dan pada akhirnya, ia terpulang kepada institusi yang membuat keputusan memilih berdasarkan kepada keutamaan mereka.
“Keutamaan universiti biasanya pada home root atau feeder masing-masing. Bagi kursus seperti perubatan, pergigian dan undang-undang, biasanya mereka ada asasi atau matrikulasi untuk program sendiri.
“Itu sahaja sudah menyempitkan peluang untuk pelajar lain masuk. Tetapi, jangan kata pelajar yang keputusan bagus tak dapat. Mereka boleh dapat sambung belajar, cuma kena bersedia untuk berpindah ke program lain yang mungkin bukan pilihan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Jelas Raduan, semua bidang yang ada mempunyai nilainya yang tersendiri dan pelajar tidak perlu kecewa bila tidak mendapat kursus pilihan sendiri.
“Jadi, kita kena cemerlang dalam bidang lain berdasarkan realiti yang ada. Tempat pelajar yang layak memang ada, cuma bukan untuk pilihan pertama. Mereka masih berpeluang melalui proses rayuan atau boleh terus merayu kepada institusi,” ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 01 2022
RADUAN: Masalah utama isu ini adalah program pilihan mereka sangat kompetitif dan terhad tempatnya. - Foto fail/BERNAMA
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Usah tergesa-gesa mansuh aliran sains, sastera - MPN
Langkah itu dikhuatiri memberi implikasi terhadap kursus di peringkat universiti selain bertentangan dengan langkah Kementerian Pendidikan.