Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Tun Said menyifatkan ahli politik yang bersekongkol dengan pihak luar untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pengkhianat negara.
Salleh, yang juga Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah, berkata sikap sedemikian jelas menunjukkan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai agenda menumbangkan sebuah kerajaan demokratik yang dipilih rakyat.
"Mereka seharusnya menghormati proses demokrasi yang diamalkan di negara ini di mana rakyat yang menentukan pemimpin mereka," ketanya kepada Bernama di sini pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pendedahan polis Thailand bahawa bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi), Xavier Andre Justo, kononnya telah mengadakan pertemuan dengan beberapa individu termasuk ahli politik pembangkang Malaysia untuk menjual maklumat sulit milik syarikat itu.
Pada 24 Jun lepas, polis Thailand menahan warga Switzerland itu atas tuduhan cuba memeras ugut bekas majikannya di PetroSaudi.
Syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab Saudi itu menjadi tumpuan di Malaysia berikutan kerjasama yang pernah dijalin dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bernama
Mon Jul 20 2015
Salleh, yang juga Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah, berkata sikap sedemikian jelas menunjukkan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai agenda menumbangkan sebuah kerajaan demokratik yang dipilih rakyat. - Gambar BERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Bersekongkol pihak luar jatuhkan kerajaan pengkhianat negara - Salleh
Dr Salleh Tun Said menyifatkan ahli politik yang bersekongkol dengan pihak luar untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pengkhianat negara.
Sekat fahaman fanatik di sekolah - Salleh Tun Said
Kerajaan harus memantau dan mengetatkan peraturan sedia ada khususnya ke atas sekolah swasta dan persendirian di negara ini, yang disyaki menanam ideologi fanatik, kata Datuk Seri Dr Salleh Tun Said.