awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Industri pusat data dijangka guna 70 peratus memori global tahun ini – WSJ
Perjanjian ART Malaysia-AS belum dikuatkuasakan - PM Anwar
Malaysia berhati-hati sokong cadangan penubuhan Jawatankuasa Keamanan Gaza - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersendirian dalam PRU15, itu pilihan terakhir buat Pas - Mohd Amar

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
25/07/2021
05:07 MYT
Bersendirian dalam PRU15, itu pilihan terakhir buat Pas - Mohd Amar
Pas tidak tolak kemungkinan bersendirian hadapi PRU15 sekiranya UMNO dan Bersatu enggan bersama dalam satu kerjasama. - Gambar fail BERNAMA
KOTA BHARU: Pas sudah bersedia dengan beberapa senario termasuk kemungkinan bergerak sendiri dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekiranya UMNO dan Bersatu enggan bersama dalam satu kerjasama.
Bagaimanapun, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tindakan sedemikian perlu dielakkan memandangkan parti berkenaan masih lagi mendokong kerjasama Muafakat Nasional (MN) serta komited mempertahankan Perikatan Nasional (PN).
Pas juga, tegas beliau, enggan berprasangka dengan sekutu-sekutunya dalam kedua-dua gabungan kerjasama politik itu.
“Setakat ini kita masih kekal dengan MN dan PN… itu pendirian kita, kecuali UMNO dan Bersatu buat keputusan berbeza.
“Pendirian kita (Pas) jelas kita mahu ketiga-tiga parti teras Melayu ini bersama dalam PRU sebagai pasukan. Kita juga sentiasa terbuka dan husnozon dengan rakan-rakan, tapi kalau berlaku (sebaliknya), nak buat macam mana,” kata Mohd Amar.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan kepada golongan Asnaf di pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor pada Ahad.
“Kita ambil kira semua senario sekiranya kita lawan (di PRU15) bersendirian. Dalam politik juga kena ada banyak pilihan, kena banyak berfikir.
“Namun, kita harap senario itu (bersendirian dalam PRU15) tidak berlaku kerana (dalam) teori politik kita (Malaysia) tiada parti yang boleh menang bersendirian. UMNO sendiri kalau bertanding sendirian, akan banyak hilang kerusi,” jelas Mohd Amar.
Sehubungan itu, Mohd Amar secara peribadi menasihati umno supaya tidak bersendiri dan berfikir lebih jauh mengenai kerjasama politik khususnya dalam menghadapi PRU15.
Mohd Amar juga berpendapat, PRU15 mungkin diadakan selepas pembentangan Belanjawan 2022 kelak berdasarkan perkembangan proses vaksinasi COVID-19.
Katanya, usaha yang dilakukan oleh kerajaan ketika ini dijangka mencapai 80 peratus imuniti berkelompok sekitar bulan Oktober.
Beliau berkata, selepas proses vaksinasi mencapai 80 peratus, ia mungkin membolehkan kerajaan mempertimbangkan untuk menyerahkan kembali mandat kepada rakyat.
Topic Berkaitan
#pilihan raya umum
#PRU15
#PAS
#UMNO
#Bersatu
#Perikatan Nasional
#Muafakat Nasional
#Pas bersendirian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan