RAKYAT Malaysia harus bersiap sedia untuk menghadapi lebih banyak ketidakstabilan menyusuli langkah Perhimpunan Agung Tahunan Umno pada hujung minggu memberi mandat kepada presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, untuk mengisytiharkan waktu perpisahan yang muktamad dengan Bersatu.
Pada saat Ahmad Zahid membuat pengisytiharan itu, semua Ahli Parlimen (MP) Umno akan mengundurkan sokongan mereka kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), dengan semua menteri dan timbalan menteri Umno mengundurkan diri dari Kabinet.
Sekiranya ia berlaku, ini akan menandakan kejatuhan kerajaan PN. Tetapi adakah kerajaan PN akan jatuh?
Itu belum tentu pasti kerana sekiranya pengisytiharan itu dibuat sebelum Ogos, PN akan tetap menjadi kerajaan.
Di sinilah keadaan darurat memainkan peranan pencegahan dalam memastikan tidak ada ketidakstabilan politik demi memastikan fokus jitu kerajaan adalah menangani pandemik Covid-19 bersama dengan pemulihan ekonomi, dan dalam pengertian ini, PN adalah kerajaan sepanjang tempoh penuh darurat.
Jika Umno mungundur dari menyokong kerajaan PN dalam waktu tersebut, apa yang harus dilakukan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah menggantikan sahaja semua Menteri, Timbalan Menteri dan ketua GLC Umno dengan pelantikannya sendiri dari kalangan bukan ahli Umno.
Dengan semua kata-kata kasar yang digunakan di Perhimpunan Umno itu untuk menghentam dan memperlekehkan Bersatu, agak aneh Umno kelihatan begitu ragu-ragu untuk menentukan tarikh keluar sepenuhnya dari PN. Mungkin Muhyiddin hanya perlu mengumumkan rombakan Kabinet tanpa kehadiran Umno sebagai satu langkah strategik untuk membendung keangkuhan Umno.
Tetapi apa yang akan berlaku apabila perpisahan muktamad diisytiharkan sejurus selepas 1 Ogos ketika keadaan darurat telah berakhir?
Dalam ucapan penutupnya di perhimpunan agung tahunan Umno, Zahid berkata: "Kami dapat menarik diri dari kerajaan PN pada bila bila masa saja jika mereka tidak memberikan petunjuk bahawa pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi."
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan lebih spesifik dalam membayangkan jangka masa perpisahan muktamad pada Ogos – iaitu setelah berakhirnya darurat.
Namun, kedua-duanya salah kerana Muhyiddin tidak pernah mengatakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan sebelum atau selepas Darurat. Apa yang dijanjikan Muhyiddin adalah ia akan diadakan sebaik sahaja pandemik Covid-19 berakhir.
Ada tiga scenario dalam hal ini, iaitu PRU15 akan diadakan sama ada:
• Apabila trend nombor jangkitan harian secara konsisten menuju angka dua dan satu digit, atau;
• Trend nombor jangkitan harian secara konsisten menuju angka satu digit dan sifar, atau;
• Setelah Malaysia mengisytiharkan dirinya sebagai negara bebas Covid-19, mungkin dengan sifar jangkitan harian berturut-turut selama lebih seminggu seperti yang berlaku pada akhir Februari 2020 semasa gelombang pertama pandemik.
Kita sekarang berada dalam angka jangkitan empat digit sejak Disember, dan hanya pada 29 Mac, angka itu turun menjadi angka tiga, 941 – yang pertama sejak 24 Oktober tahun lalu.
Ia mungkin memerlukan sebulan dua untuk berubah menjadi angka dua dan satu digit, beberapa bulan lagi untuk mencapai angka satu digit dan sifar, dan berbulan-bulan lagi untuk angka sifar berturut-turut muncul selama lebih dari seminggu.
Sekiranya senario pertama berlaku tiga bulan dari sekarang, kita boleh menjangkakan pilihan raya akan diadakan pada Julai atau Ogos; sementara senario kedua mungkin memerlukan masa enam bulan dari sekarang yang bermaksud pilihan raya kemungkinan akan berlangsung pada Oktober atau November.
Senario terakhir boleh membawa pilihan raya ke tahun depan atau bahkan, lebih dekat ke 2023.
Namun, memandangkan setiap kecuaian kecil boleh muncul secara mendadak sehingga mencetuskan gelombang keempat jangkitan Covid-19 yang lebih serius, garis masa tersebut boleh berlarutan. Adakah ingatan kita terlalu singkat dan kita lupa pilihan raya Sabah dan apa yang berlaku selepas itu?
Dalam hal ini, perkara utama adalah kita tidak seharusnya berbicara mengenai pilihanraya umum selagi kes jangkitan seharian belum berada di paras sifar, mentelah lagi masih ada banyak masa untuk PRU15 diadakan.
Jadi, adakah Zahid dan Umno dapat bersabar menunggu jangkitan sifar berlaku berturut-turut lebih dari seminggu?
Sekiranya jawapannya adalah tidak, perpisahan muktamad antara Umno dengan Bersatu dijangka berlaku selewat-lewatnya akhir tahun ini atau awal tahun depan. Apa yang akan berlaku kemudian?
Pastinya akan ada ketidakstabilan politik kerana tiada parti politik yang akan memiliki bilangan 112 MP dalam parlimen. Kita kemudian akan menyaksikan buat pertama kalinya kerajaan minoriti, bersama dengan ketidakstabilannya di mana kerajaan gabungan minority itu akan berkuasa dengan sokongan kurang 112 MP.
Dengan penarikan Umno dari PN, Pakatan Harapan (PH) akan mendahului dengan 88 MP, PN (77 MP), Umno (38), Warisan Plus (9), Pejuang (4), Muda (1), Parti Sarawak Bersatu (2) dan seorang Bebas.
Tetapi adakah ini bermaksud kita akan melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya berjaya memenuhi kedudukan PM9 yang diinginkannya? Tidak semestinya. Ini kerana kerajaan minoriti dibentuk melalui perundingan yang memakan masa. Bagaimana jika ketua Pejuang, Dr Mahathir Mohamad menghulurkan empat MPnya kepada Muhyiddin, menjadikan jumlah MP yang menyokong PN menjadi 81? Dan bagaimana jika Warisan Plus juga mempunyai pemikiran yang sama, meningkatkan jumlah PN menjadi 90 MP menjadikan Muhyiddin sekali lagi PM Malaysia?
Dan kemungkinan MP dari Umno dan PH mengubah sokongan kepada PN boleh menjadi satu kenyataan yang akan meletakkan PN ke depan lagi.
Satu-satunya yang dapat menghalang kemunculan semula kerajaan PN ialah kerjasama Umno dengan PH. Tetapi Ahmad Zahid telah menyatakan dalam Majlis Perhimpunan mengenai dasar tritunggal Umno – "Tidak Bersatu, Tidak Anwar, Tidak DAP".
Oleh itu, tindakan terbaik bagi Malaysia untuk mengelakkan ketidakstabilan adalah dengan menunggu Muhyiddin membuat keputusan mengenai masa pembubaran parlimen untuk memberi laluan kepada PRU15.
Pada masa kritikal ini, lebih baik bagi semua ahli politik untuk mengambil cuti politik untuk memikirkan perkara yang lebih penting – kestabilan negara atau mengejar kuasa dan jawatan, bersama dengan ketidakstabilan yang menyusul.
* Jamari Mohtar adalah Pengarah, Media & Komunikasi di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Jamari Mohtar
Wed Mar 31 2021
Oleh itu, tindakan terbaik bagi Malaysia untuk mengelakkan ketidakstabilan adalah dengan menunggu Muhyiddin membuat keputusan mengenai masa pembubaran parlimen untuk memberi laluan kepada PRU15. Gambar fail
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.