awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersih 5: Tun Mahathir berkemungkinan akan dipanggil polis - Nur Jazlan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
20/11/2016
11:17 MYT
Bersih 5: Tun Mahathir berkemungkinan akan dipanggil polis - Nur Jazlan
Menurut Nur Jazlan, sekiranya penyertaan bekas pemimpin negara itu bersama rakannya menyemarakkan kehadiran peserta Bersih, pihak polis tidak teragak-agak memanggil beliau atau menahannya. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed tidak menolak kemungkinan bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad akan dipanggil polis kerana menyertai himpunan Bersih 5 semalam.
Katanya sekiranya penyertaan bekas pemimpin negara itu bersama rakannya menyemarakkan kehadiran peserta Bersih, pihak polis tidak teragak-agak memanggil beliau atau menahannya.
“Dalam kes Dr Mahathir ini kita hormati dia sebagai ‘stateman’ pemimpin negara, tetapi kalau dia melampaui batas kita kena ambil tindakan saya tidak menolak kemungkinan tersebut (dipanggil polis) tetapi dia hendak kita tangkap dia, tetapi kita tidak akan termasuk dalam perangkap dia,” kata Nur Jazlan di sidang media selepas melakukan lawatan di CIQ Rantau Panjang di sini petang tadi.
LAPOR LANGSUNG Bersih 5 di Kuala Lumpur
MESTI BACA: Bersih 5: Berlangsung aman tanpa drama
GALERI FOTO: Bersih 5: Baju Kuning, Baju Merah
Nur Jazlan turut memaklumkan tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa lagi individu akan dipanggil polis kerana menyertai Bersih 5.
Dia turut memperjelaskan mengenai penahanan Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
“SOSMA ini adalah sebenarnya undang undang yang memudahkan pelaksanaan undang-undang sedia ada. Dia bukan boleh dakwa orang, dia menyenangkan cara hendak tangkap orang dan lepas itu kita dakwa di mahkamah,” jelasnya lagi.
BACA: Tun Mahathir tidak 'merampas' himpunan Bersih 5
Pihak polis juga katanya sedang menyiasat sama ada terdapat kemungkinan himpunan Bersih kali ini turut mendapat pembiayaan dari dana asing.
Siasatan juga menjurus sama ada da terdapat badan bukan kerajaan yang terlibat dalam himpunan Bersih mendapat pembiayaan dari dana asing.
Nur Jazlan menegaskan himpunan Bersih 5 Sabtu lepas di lihat gagal dengan penyertaan 18 ribu orang.
Dia turut memuji polis yang dilihat menjalankan tugas dengan baik dalam menjaga keamanan.
Topic Berkaitan
#Bersih
#Bersih 5
#Maria Chin
#Nur Jazlan Mohamed
#Timbalan Menteri Dalam Negeri
#Tun Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan