KOTA BHARU: Seorang wanita berharap anak saudaranya yang berusia lapan tahun dibenarkan untuk ke sekolah, biarpun hanya memiliki dokumen kelahiran bertaraf bukan warganegara.
Siti Nur Aimuni Mat Yunan, 29, berkata dia bersama bapanya Mat Yunan Hamad, 58, menjaga Siti Nur Puteri Balqis Abdullah sejak berusia tiga hari, selepas ibu bapa kandung kanak-kanak tersebut hilang tanpa khabar.
"Sebelum ini Siti Nur Puteri Balqis sudah bersekolah dan belajar Al-Quran atas belas ihsan seorang guru, namun sampai bila kami perlu bergantung kepadanya.
"Siti Nur Puteri Balqis yang sepatutnya memasuki persekolahan tahun dua pada awal Mac lalu, namun terpaksa menangguhkan hasrat ,disebabkan hanya mempunyai dokumen kelahiran bertaraf bukan warganegara," katanya kepada pemberita di Kampung Merbau, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Siti Nur Aimuni berkata anak saudaranya itu hanya memiliki dokumen sijil kelahiran berwarna merah, sebagai pengenalan diri.
"Bagi mendapatkan kerakyatan yang sah dan kami sekeluarga sudah beberapa kali naik turun ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun tidak berjaya kerana tidak memenuhi syarat.
"Saya diberitahu untuk mendapatkan dokumen kelahiran yang sah, ibu atau bapa kandung kepada Siti Nur Puteri Balqis perlu hadir ke JPN bagi urusan pendaftaran," katanya sambil menambah sudah membuat laporan polis dan akuan bersumpah untuk mendapat hak penjagaan sementara anak saudaranya itu.
Ketika ditanya keberadaan ibu bapa kandung Siti Nur Puteri Balqis, Siti Nur Aimuni mereka difahamkan abang sulungnya bersama isteri, berada di Thailand.
"Usaha mencari mereka pernah dilakukan di Che Heng, selain mereka dikatakan meniaga ikan di Pekan Takbai, Thailand namun pencarian belum berhasil," katanya.
Sementara itu Pengarah JPN Kelantan Asrehan Ab Razak berkata, dokumen pengenalan yang dimiliki Siti Nur Puteri Balqis adalah sah dan dikeluarkan oleh pihaknya.
"Kanak-kanak tersebut bertaraf bukan warganegara. JPN hanya mendaftar kelahiran kanak-kanak berdasarkan dokumen yang dikemukakan, serta selari dengan akta dan peraturan yang berkuatkuasa," katanya ketika dihubungi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 10 2021
Siti Nur Aimuni Mat Yuna(kanan) berharap anak saudaranya,yang berusia lapan tahun dibenarkan untuk ke sekolah, biarpun hanya memiliki dokumen kelahiran bertaraf bukan warganegara. - Foto BERNAMA
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Bertaraf bukan warganegara, wanita rayu anak saudara dibenarkan bersekolah
Seorang wanita berharap anak saudaranya yang berusia lapan tahun dibenarkan untuk ke sekolah, biarpun hanya memiliki dokumen kelahiran bertaraf bukan warganegara.