awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Rembo Melaka' mohon maaf, kes saman fitnah Mohd Na'im selesai
Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan–Cortina bermula dengan upacara pembukaan penuh warna
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bertengkar dengan isteri, bapa beri anak minum kopi campur racun rumput

Junaidi Ladjana
Junaidi Ladjana
19/05/2021
04:40 MYT
Bertengkar dengan isteri, bapa beri anak minum kopi campur racun rumput
Yusoff Zaki berkata, usaha mengesan suspek giat dijalankan untuk membantu siasatan lanjut.
BEAUFORT: Seorang bapa sanggup memberikan anaknya minuman bercampur racun rumput selepas berang terhadap isteri yang mahu pulang ke kampung dalam kejadian di Kampung Bundu, Kuala Penyu, pada Ahad lalu.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, lelaki berusia 43 tahun itu turut dikatakan bertindak mencekik mangsa yang berusia lima tahun.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada pertengkaran antara suami dan isteri.
Katanya, isteri suspek menyatakan mahu pulang ke kampung bersama anak-anak ke Keningau namun dibantah suaminya.
"Suspek yang berang kemudian memberi anaknya minuman kopi yang sudah dicampur dengan racun rumput.
"Perkara itu hanya diketahui ibu mangsa selepas diceritakan oleh anak sulungnya yang berusia lapan tahun," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Yusoff Zaki berkata, tidak cukup dengan itu, suspek turut dilaporkan membawa anak perempuannya ke tingkat atas rumah sebelum mencekik mangsa.
Katanya, mangsa sudah dirujuk ke Hospital Kuala Penyu dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang alahan berikutan kandungan racun adalah sedikit.
Sementara itu, Yusoff Zaki berkata, usaha mengesan suspek giat dijalankan untuk membantu siasatan lanjut.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Penderaan Kanak-kanak)," katanya.
Topic Berkaitan
#dera anak
#minuman campur racun
#kuala penyu
#Beaufort
#Yusoff Zaki Mat Yaacob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan