awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Betulkah Temerloh tiada daya tarikan?

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
01/08/2018
14:06 MYT
Betulkah Temerloh tiada daya tarikan?
Bandar Temerloh terletak di tengah-tengah negeri Pahang, iaitu di persimpangan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang. -Astro AWANI / SITI NURSYAZWANI
Umum mengetahui Temerloh merupakan bandar persinggahan popular bagi penggemar masakan ikan patin.
Namun itulah sahaja daya penariknya terutama di hujung minggu. Sekiranya tiada majlis berskala besar atau aktiviti komuniti yang membabitkan personaliti atau pemimpin dari Kuala Lumpur misalnya, bandar yang diiktiraf sebagai titik tengah semenanjung ini bagai kulai tidak bernyawa.
Hal ini diakui sendiri oleh beberapa penduduk tempatan yang Astro AWANI temui. Menurut peniaga keropok lekor, Hussain Abidin, bandar yang sinonim dengan panggilan ikan patin ini tiada daya tarikan melainkan ikan patin dan pekan sehari Temerloh, iaitu pasar minggu terpanjang di negara ini.
“Di Temerloh ni tiada kawasan pelancongan yang menarik, jadi daya tarikan untuk pelancong datang tu agak kurang.
“Saya rasa kalau bandar ini ada pusat pengajian tinggi pasti bandar ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran mereka,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini, pada Rabu.
Bagi peniaga, nasi ayam Fakaruddin Norhusaini, dia berpendapat sekiranya lebih banyak aktiviti berkomuniti diadakan, pasti masyarakat tempatan akan luang masa bersama.
“Sebenarnya pada waktu siang bandar ini hidup antara jam 12 tengahari hingga 3 petang, meriah hanya pada waktu hujung minggu.
“Bagi saya lebih banyak aktiviti komuniti seperti lumba bot perlu diadakan. Aktiviti seperti itu pasti dapat hidupkan semula ‘nyawa’ Temerloh ini,” katanya.
Bukan itu sahaja, pengguna media sosial juga ada pendapat masing-masing.
Sya sebagai warga temerloh agak setuju dgn tajuk temerloh bndr mati sebab temerloh tidak membangun bah kan harga brg di temerloh agak mhal dan peluang perkerjaan agak terhad kepada warga temerloh... Tiada kilang atau syarikat besar di temerloh
— MKAR (@AceEddy) August 1, 2018
Temerloh ni bandar chills. Tiada jammed. Nak happening, turun ke KL, kurang 2 jam je pun. Jangan lupa Pekan Sehari hari Ahad, macam-macam ada. Selamat datang ke Temerloh.
— DrSazOne (@drwaque) August 1, 2018
Opinion: Temerloh mati dari sudut peluang pekerjaan utk graduan. Tempat dh strategik. Harga makanan lebih kurang KL dah. Starmall suram. naik bas temerloh-jerantut tkde org sgt. Need industry development kt sana utk naik, not only ikan patin.
— Ahmad afif (@ahmadafif5321) August 1, 2018
tak ada pembangunan pesat, punca bndar mati.. starmall pun hujung temerloh duduk.. klau naik bangunan pun, bangunan 2tingkat... bile nk maju.. penduduk temerloh ramai kot..
— Pedy (@mistapedy) August 1, 2018
Topic Berkaitan
#aktiviti
#bandar
#Infrastruktur
#mati
#temerloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan