KUCHING: Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Menterinya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kajian yang mengambil masa selama tiga tahun itu juga akan mengetengahkan idea serta aspirasi bekas Ketua Menteri, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau Tok Nan mengenai kebudayaan, kesenian dan warisan di Sarawak.
"Pada 27 Okt ini sempena Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2021, kerajaan negeri akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi memulakan kajian itu.
"Kursi ini adalah yang pertamanya dibuat berkenaan dengan Tok Nan dan UPM telah mengusulkan bahawa mereka bersetuju untuk menubuhkan Kursi tersebut dengan tujuan mendalami minat Tok Nan dalam kesenian, kebudayaan dan warisan negeri Sarawak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.
Hadir sama, Dekan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains UPM Kampus Bintulu Prof Madya Dr Mohamad Maulana Magiman dan Pengarah UPM Kampus Bintulu Prof Madya Dr Shahrul Razid Sarbini.
Abdul Karim berkata satu galeri khas juga akan dibuka di UPM bagi mempamerkan hasil kajian berkenaan, selain untuk dijadikan sebagai rujukan pada masa hadapan.
"Jika kajian ini berjaya dan prestasinya sangat memuaskan kita akan mempertimbangkan untuk meneruskan lagi kajian seperti ini secara menyeluruh," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 25 2021

Abdul Karim berkata satu galeri khas juga akan dibuka di UPM bagi mempamerkan hasil kajian berkenaan, selain untuk dijadikan sebagai rujukan pada masa hadapan. - Foto Bernama

UTP kekal universiti swasta nombor satu Malaysia dalam ranking universiti dunia THE 2024
UTP telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dan mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu universiti swasta di Malaysia, selain menduduki tempat kedua dalam keseluruhan universiti di negara ini
AWANI Ringkas: PM bincang isu rombakan Kabinet dengan YDPA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Senator New Jersey berkeras untuk tidak letak jawatan
Senator New Jersey, Robert Menendez kekal menentang tuduhan rasuah yang dihadapinya dengan berkeras untuk tidak meletakkan jawatan.
Penutupan jalan Sungai Besi/Petaling Jaya ditangguhkan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan penangguhan penutupan Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi/Petaling Jaya hingga 1 Oktober 2024. Penutupan berkaitan dengan kerja pelebaran dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew.

Presiden Ukraine, Ketua NATO bincang kerjasama, pulih hubungan
Kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai isu pertahanan, termasuk situasi di medan perang di Ukraine dan keperluan tentera Ukraine.

772 terima darjah kebesaran sempena ulang tahun Keputeraan Sultan Kelantan
Seramai 772 individu akan menerima pengurniaan kehormatan kebesaran negeri di Istana Balai Besar sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V ke-54, esok.

Rasuah urus mayat: Dua staf perubatan awam direman lima hari
Mereka dipercayai menerima wang rasuah daripada dua syarikat yang sama antara tahun 2021 dan 2022 yang melibatkan RM3,500.
Prestasi ringgit, pasaran dunia dijangka pulih pada Q4 2023
Nilai ringgit dijangka pulih akhir 2023 didorong keyakinan pada kenaikan kadar faedah The Fed, AS. Pemulihan ini dijangka mampu menarik dana asing dan menaikkan harga pasaran tempatan selepas kebimbangan terhadap keputusan mesyuarat The Fed baru-baru ini.
Tiada caj dikenakan ke atas peniaga Duitnow QR pada masa ini - Maybank
Maybank memaklumkan bahawa bank itu tidak mengenakan sebarang yuran berkaitan dengan Duitnow QR dan ini akan diteruskan sehingga diberitahu kelak
PM bincang isu rombakan Kabinet dengan YDPA
Khabar mengenai rombakan Kabinet terus kedengaran, dan hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tdak menolak kemungkinan akan membincangkan mengenai rombakan Kabinet dalam pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Jumaat.

Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.