KUALA LUMPUR:Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan mengambil masa panjang dan dijangka melangkaui tarikh perbicaraan kes pecah amanah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) yang dihadapi bekas perdana menteri itu bersama-sama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Pada 9 Okt tahun lalu, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan perbicaraan kes pecah amanah itu selama 32 hari pada setiap hari dalam bulan September dan Oktober 2021 kecuali hari Jumaat, bagi memberi laluan kepada perbicaraan dua kes jenayah (1MDB dan laporan audit) membabitkan Najib selesai.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib memberitahu mahkamah bahawa perbicaraan kes 1MDB akan mengambil masa lama kerana ketika ini masih di peringkat pemeriksaan balas saksi pendakwaan ke-10, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman dan pendakwaan dijangka memanggil 60 saksi.
"Saya ingin tanya Yang Arif (Muhammad Jamil) sekiranya perbicaraan kes 1MDB melangkaui tarikh perbicaraan (kes pecah amanah) adakah Yang Arif akan mengambil kira tarikh sambung bicara 1MDB dengan kes ini (pecah amanah)?.
"Ini kerana perbicaraan kes 1MDB nampak panjang... saya pohon satu tarikh pengurusan kes pada 21 Mei yang telah dipersetujui kedua-dua pihak untuk memaklumkan status terkini dua kes jenayah (1MDB dan laporan audit) membabitkan anak guam saya," katanya semasa pengurusan kes itu hari ini.
Peguam Datuk K. Kumaraendran yang mewakili Mohd Irwan Serigar tidak membantah perkara itu, bagaimanapun memohon kehadiran anak guamnya dikecualikan semasa pengurusan kes pada 21 Mei kerana tertuduh yang mengambil kursus undang-undang di sebuah kolej swasta akan menduduki peperiksaan.
Mahkamah menetapkan 21 Mei ini untuk pengurusan kes dan membenarkan kehadiran Mohd Irwan Serigar dikecualikan pada tarikh itu serta mengekalkan tarikh bicara sebelum ini.
"Buat masa ini tarikh bicara pecah amanah yang ditetapkan sebelum ini dikekalkan," kata hakim.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Syahril Nik Ab Rahman. Kedua-dua Najib, 67, dan Mohd Irwan Serigar, 63, hadir di mahkamah hari ini.
Pada 24 Okt 2018, Najib dan Mohd Irwan Serigar mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada IPIC.
Mereka dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 21 Dis 2016 dan 18 Dis 2017, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 06 2021

Najib berbincang bersama peguam utamanya, Muhammad Shafee Abdullah (kanan) ketika mahkamah berehat sebentar pada perbicaraan kes yang dihadapinya berhubung dana 1Malaysia Development Berhad. - Foto BERNAMA

10 Berita Pilihan - (24 Januari 2021)

Pasca banjir | Kerajaan Johor pohon peruntukan RM48 juta
Kerajaan Johor memohon peruntukan RM48 juta daripada kerajaan persekutuan bagi membaiki infrastruktur yang rosak di enam daerah akibat banjir. Exco kerja Raya Pengangkutan Dan Infrastruktur negeri Johor, Mohd Solihan Badri berkata,peruntukan itu untuk membaiki jalan, cerun bukit dan jambatan yang rosak

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 24 Januari 2021.

Pemimpin parti dalam Majlis Presiden PN puas hati penjelasan mengenai Ordinan Darurat - PM
Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini berkata antara yang turut dibincangkan adalah pelan imunisasi vaksin yang akan bermula Februari depan

PKP - Tidak ada sebut tentang pkp penuh - EuroCham
Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah Malaysia (EuroCham Malaysia) menafikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ada sebut tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh pada Februari, jika jumlah kes jangkitan COVID-19 gagal diturunkan. Dalam satu kenyataan, eurocham memaklumkan surat berkenaan merupakan pekeliling dalaman yang dihantar kepada semua anggota untuk menyampaikan intipati perbincangan tidak rasmi dengan MITI.

AWANI Ringkas: Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM | Tidak ada sebut tentang PKP penuh - EuroCham
![[INFOGRAFIK] PdPR datang mendadak kita belum bersedia [INFOGRAFIK] PdPR datang mendadak kita belum bersedia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/42602381571611500103371/1887057_8967789641611500411313_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] PdPR datang mendadak kita belum bersedia
![[INFOGRAFIK] Populariti Muhyiddin berakhir? [INFOGRAFIK] Populariti Muhyiddin berakhir?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/39668803231611500103354/1887056_8967789641611500286089_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Populariti Muhyiddin berakhir?
![[INFOGRAFIK] Kluster Baharu (23 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster Baharu (23 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/35311973791611500103355/1887055_8967789641611500226468_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster Baharu (23 Januari 2021)

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil
Menurut pekeliling yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam kepada semua anggotanya semalam, arahan dikeluarkan oleh Ketua Hakim Malaya Tan Sri Azahar Mohamed.

Zahid Hamidi sahkan negatif COVID-19 selepas hadiri perjumpaan dengan pemimpin UMNO
Ahmad Zahid berkata beliau perolehi keputusan ujian saringan itu awal pagi ini.

Adakah pendaftaran Pejuang akan burukkan lagi COVID-19 di negara ini? - Tun M
Tun M berkata, apa yang Muhyiddin lakukan sama dengan apa yang beliau tuduh Najib lakukan pada PRU lepas, iaitu menghalang pendaftaran parti politik

Darurat: Malaysia sahaja yang gantung Parlimen kerana COVID-19 - Najib Tun Razak
Najib berkata, dakwaan Menteri Kewangan yang menyamakan langkah Darurat Malaysia dengan 80 negara lain tidak tepat.

Malaysia negara paling gagal di Asean mengawal COVID-19 - Najib
Malaysia tidak lagi boleh mendakwa menjadi antara negara yang berjaya mengawal pandemik COVID-19, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib didakwa dalang di sebalik surat, hanya 7 menyokong - Sumber
Datuk Seri Najib Razak didakwa menjadi dalang kepada usaha UMNO yang mahukan Ahli Parlimen parti itu menyokong gesaan supaya sidang khas Parlimen diadakan berhubung proklamasi darurat.

Kekalkan tarikh pemilihan parti, tawarkan kepada rakyat pimpinan baharu - KP UMNO Pagoh
Keputusan pemilihan UMNO perlu bagi meyakinkan rakyat bahawa UMNO masih mempunyai barisan pemimpin yang berkaliber.

Projek Solar: CIDB saman Jepak Holdings, tuntut bayar levi RM1.65 juta
Projek solar hibrid itu dikaitkan dengan kes rasuah membabitkan isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang sedang dibicarakan.

Bicara kes Najib, Arul Kanda atas dakwaan pinda laporan audit 1MDB ditangguh
Penangguhan itu susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 13 hingga 26 Jan ini bagi mengekang penularan COVID-19.

Usaha kerajaan pinda Akta 535 hanya hilangkan keistimewaan Tabung Haji - Asyraf Wajidi
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini menentang sekeras kerasnya usaha kerajaan menyemak semula ketetapan jaminan kerajaan termasuk pindaan ke atas Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).