awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biden ulangi komitmen berterusan AS terhadap Indo-Pasifik pada Sidang Kemuncak Asia Timur

Bernama
Bernama
28/10/2021
04:56 MYT
Biden ulangi komitmen berterusan AS terhadap Indo-Pasifik pada Sidang Kemuncak Asia Timur
Joe Biden menyertai Sidang Kemuncak Asia Timur secara maya dari auditorium di White House, Amerika Syarikat. - Reuters
SINGAPURA: Presiden Joe Biden pada Rabu menegaskan semula komitmen berterusan Amerika Syarikat (AS) kepada Indo-Pasifik pada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-16.
Dalam ucapannya di EAS, Biden menyatakan visinya untuk rantau itu, yang mahu melihatnya menjadi sebuah rantau yang terbuka, terhubung, makmur, berdaya tahan dan selamat.
Biden menyertai mesyuarat pemimpin negara-negara anggota ASEAN dan perwakilan dari Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan dan Rusia semasa Sidang Kemuncak EAS yang diadakan secara maya, membincangkan mengenai cabaran serantau dan antarabangsa, termasuk pandemik COVID-19 dan krisis iklim.
EAS diadakan di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 dan Sidang Kemuncak Berkaitan selama tiga hari bermula Selasa dengan Brunei sebagai pengerusi.
"Biden turut mengumumkan AS bersama rakan kongsinya akan meneliti pembangunan kerangka kerja ekonomi Indo-Pasifik yang akan mentakrifkan objektif bersama berkaitan pemudahan perdagangan, standard untuk ekonomi dan teknologi digital, daya tahan rantaian bekalan, penyahkarbonan dan tenaga bersih, infrastruktur, standard pekerja, dan bidang-bidang lain yang mempunyai kepentingan bersama," menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Kenyataan itu menyebut presiden juga mengulangi komitmen AS terhadap orde berasaskan peraturan antarabangsa dan menyatakan kebimbangan berkaitan ancaman terhadap perintah itu.
"Beliau menjelaskan bahawa AS akan terus berdiri bersama sekutu dan rakan kongsi dalam menyokong demokrasi, hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang dan kebebasan di lautan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#sidang kemuncak
#Indo-Pasifik
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan