KUALA LUMPUR:Jumlah mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perak terus menunjukkan trend penurunan petang ini setelah beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri itu ditutup.
Namun begitu, situasi berbeza di Johor, apabila negeri tersebut kembali dilanda bencana itu selepas beberapa bandar utamanya mula dinaiki air akibat hujan lebat berterusan sejak malam tadi.
Di Pahang, jumlah mangsa banjir berkurangan sedikit petang ini, dengan 25,392 orang daripada 6,885 keluarga masih berada di 258 PPS di sembilan daerah.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan daerah Temerloh masih merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 11,909 orang diikuti Maran (3,577 orang), Pekan (2,406 orang), Lipis (2,200 orang), Bera (1,565 orang), Raub (1,472 orang) Jerantut (1,286 orang), Kuantan (777 orang) dan Rompin (200 orang).
Sementara, Tinjauan Bernama di Temerloh mendapati banjir di beberapa lokasi mulai surut membolehkan Jalan Temerloh-Mentakab dilalui kenderaan ringan.
Di Terengganu, dua daerah mencatatkan penurunan jumlah mangsa kepada 6,981 orang di 24 PPS setakat 3 petang ini berbanding 10,086 orang pada 8 pagi.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata Kemaman masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 6,169 orang manakala di Dungun pula jumlah mangsa ialah 812 orang.
Situasi sama turut berlaku di Kelantan apabila jumlah mangsa banjir yang dipindahkan membabitkan dua jajahan berkurang kepada 2,118 setakat 3 petang ini berbanding 2,990 pada pagi tadi yang ditempatkan di 24 PPS.
Berdasarkan aplikasi Info Bencana JKM ketika ini PPS di jajahan Tanah Merah telah ditutup sepenuhnya manakala di Pasir Mas merekodkan seramai 1,334 mangsa yang ditempatkan di 14 PPS, dan sebanyak 10 PPS di Kuala Krai yang masih aktif bagi menempatkan 784 orang.
Di Perak, hanya tinggal satu PPS yang dibuka iaitu di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan dalam daerah Hilir Perak yang menempatkan seramai 59 mangsa banjir, setakat 1 tengah hari ini.
Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, sebuah pusat pemindahan di dewan orang ramai Kampung Perah, Gerik di daerah Hulu Perak yang dibuka sejak 6 Jan lepas telah ditutup tengah hari tadi selepas banjir pulih dan penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selain cuaca di kebanyakan tempat pada hari ini cerah.
Bagaimanapun, di Johor, hujan lebat di Johor Bahru dan Kota Tinggi sejak 11 malam tadi sehingga kini mengakibatkan beberapa kawasan di daerah itu mulai dinaiki air setelah keadaan banjir di kawasan berkenaan dilihat beransur pulih sejak dua hari lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat mendadak kepada 1,251 orang daripada 382 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 479 orang daripada 128 keluarga yang direkodkan pada 8 pagi tadi.
"Kota Tinggi merupakan daerah yang paling ramai merekodkan mangsa iaitu seramai 569 orang, diikuti Mersing (320), Johor Bahru (268 orang) dan Segamat (94 orang). Kesemua mereka ditempatkan di 27 PPS di empat daerah berkenaan," katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Jalan Felda Semenchu (FT1406) dekat Kota Tinggi ditutup untuk semua kenderaan kerana dinaiki air.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran cuaca bahaya dengan hujan sangat lebat dijangka berterusan di daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Pontian, Kluang dan Batu Pahat manakala amaran buruk dikeluarkan bagi Segamat dan Mersing (hujan lebat dijangka berterusan) serta waspada bagi Tangkak dan Muar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 10 2021

Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran cuaca bahaya dengan hujan sangat lebat dijangka berterusan di daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Pontian, Kluang dan Batu Pahat. - Astro AWANI
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/6927595441610929097903/1886027_27846248341610929256993_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Nursyazwani Saiful Sham.

Kawalan keselamatan diperhebat menjelang angkat sumpah Joe Biden Rabu ini
Di beberapa negeri, tunjuk perasaan dan demonstrasi meletus menjelang pelantikan Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46.

COVID-19: Brazil lulus penggunaan kecemasan dua vaksin
Brazil kini memiliki 6 juta dos vaksin Sinovac dan sedia diedarkan dalam masa beberapa hari.

Terbuka Australia | 72 pemain tenis jalani kuarantin
72 pemain yang akan menyertai Kejohanan Tenis Terbuka Australia diarahkan untuk jalani kuarantin. Ini selepas ada kes positif COVID-19 dikesan dalam pesawat sewa khas ketiga yang tiba di Melbourne.

Unjuran Pasaran | Bursa dijangka didagang berhati-hati
Dagangan di Bursa Malaysia dijangka berhati-hati menjelang pengumuman Bank Negara mengenai kadar dasar semalaman pada Rabu. Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata kemungkinan satu lagi pengurangan kadar oleh bank pusat tidak dapat dielakkan.

Unjuran Pasaran | Niaga hadapan MSM dijangka merosot
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah di Bursa Malaysia Derivatives dijangka merosot minggu ini, didorong aktiviti pengambilan untung berikutan harga lebih tinggi. Interband Group of Companies berkata harga dijangka berada antara RM3,350 dan RM3,450 satu tan pada minggu ini.

Unjuran Pasaran | Ringgit dijangka uji paras psikologi 4.0
Ringgit mungkin menguji paras psikologi 4.00 berbanding dolar Amerika pada minggu ini. Ini di tengah-tengah jangkaan bahawa Bank Negara akan kekalkan kadar dasar semalaman pada 1.75 peratus minggu ini.

COVID-19 | Angka korban global melebihi 2.02 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2.02 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 397 ribu kes.

COVID-19 | Kes positif dunia melebihi 94.82 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 94.82 juta kes. Ia berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Politik | UMNO perlu curi peluang pulihkan imej
Pemimpin UMNO perlu bijak mencuri peluang memulihkan imej bagi mendapatkan semula kepercayaan akar umbi. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Rohazam Bakar berkata, asakan dan desakan oleh segelintir pihak di tengah-tengah krisis pandemik hanya akan melemahkan parti dan menonjolkan kepada rakyat bahawa UMNO semakin tidak relevan.

Lelaki ditahan kali kedua simpan burung murai batu
Perhilitan tahan seorang lelaki serta merampas 97 ekor burung murai batu termasuk 35 yang sudah mati.

Felda beli 5.15 juta saham FGV daripada pasaran terbuka
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV berkata saham itu dibeli pada RM1.29 sesaham.

Bilangan mangsa banjir berkurangan di empat negeri, naik di Johor
Jumlah mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perak terus menunjukkan trend penurunan petang ini setelah beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri itu ditutup.

Banjir: Pesakit kanser bimbang selepas rumah dilimpahi air
Pesakit barah tulang bimbang selepas kediamannya dimasuki air banjir sehingga paras lutut.

Felda tunggu kerajaan negeri lulus cadangan bina rumah tambahan - Idris
Inisiatif itu adalah bagi membolehkan golongan berkenaan membina rumah baharu di lot sedia ada.

Jalan Kenyir-Felda Aring ditutup akibat tanah runtuh
Kejadian tanah runtuh di bahagian tepi jalan berkenaan mengakibatkan risiko mendapan di kawasan sepanjang 200 meter di laluan terbabit.

Budaya berbeza punca AS sekat produk sawit Malaysia - Ketua Pengarah MPOB
Menurutnya definisi buruh paksa yang ditakrifkan Amerika Syarikat mungkin berbeza dengan Malaysia sekaligus mencetuskan salah faham.

FELDA tidak berhasrat kekalkan status penyenaraian FGV
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian FGV Holdings Bhd di Pasaran Utama Bursa Malaysia di atas tawaran pengambilalihan mandatori.

Gagal isytihar RM1 juta kepada LHDN: Shahrir mohon tukar hakim dengar permohonan
Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Shahrir memberitahu mahkamah bahawa pihaknya memfailkan permohonan itu selepas mendapat arahan daripada anak guamnya.

Felda tanggung hutang RM10.7 bilion, masalah kecairan RM1.3 bilion
Langkah-langkah pemulihan tersebut dijangka membawa hasil positif ke atas Felda pada 2023.