awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bilik karaoke 'super VIP' RM16,000 saji GRO

Sinar Harian
Sinar Harian
09/08/2024
04:10 MYT
Bilik karaoke 'super VIP' RM16,000 saji GRO
JIM Kuala Lumpur menggempur sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada Jumaat.
KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail di sini, yang menyediakan bilik karaoke 'super VIP' dipercayai dengan bayaran sehingga RM16,000 digempur, pada Jumaat.
Operasi Op Gegar bermula kira-kira jam 2.30 pagi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur hasil maklumat dan risikan.
Difahamkan, bilik VIP itu hanya dikhaskan untuk pengunjung tetap selain dilengkapi dengan layanan wanita warga asing sebagai teman menyanyi dan minum.
Bilik-bilik karaoke pelbagai saiz itu dikatakan bernilai sekurang-kurangnya RM10,000 sehingga RM16,000 bagi setiap sesi.
Pengunjung yang hendak menjadi 'ahli tetap' pusat hiburan ini juga dikatakan perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM100,000 dalam akaun bank sebelum diterima masuk.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, seramai 50 individu diperiksa dalam serbuan berkenaan.
Katanya, hasil pemeriksaan kemudian menahan 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk sembilan wanita berusia lingkungan 20 hingga 43 tahun.
"PATI yang ditahan terdiri daripada 17 warga China, Bangladesh (5), Pakistan (3), Kemboja (1) dan seorang Kazakhstan.
"Wanita yang ditahan disyaki gadis pelayan pelanggan (GRO), manakala lelaki merupakan pekerja di premis terbabit," katanya di lokasi operasi di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, antara kesalahan dikesan ialah tiada dokumen perjalanan yang sah serta salah guna pas.
Tambahnya, kesemua tangkapan dibawa ke Pejabat JIM Kuala Lumpur untuk tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pusat hiburan
#GRO
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan