awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bimbang data bocor punca pendaftaran PADU warga KKDW rendah

Sinar Harian
Sinar Harian
08/02/2024
04:45 MYT
Bimbang data bocor punca pendaftaran PADU warga KKDW rendah
Ahmad Zahid berkata, KKDW akan memastikan agar semua langkah yang diambil dapat mencapai sasaran 100 peratus pendaftaran PADU. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kebimbangan terhadap kerahsiaan butiran peribadi antara faktor yang menyumbang kepada pendaftaran Sistem Pengkalan Data Utama (PADU) yang rendah dalam kalangan warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu perlu diberi perhatian kerana setakat 2 Februari hanya 33.3 peratus atau bersamaan 8,173 orang daripada 24,471 pegawai dan kakitangan kementerian serta agensi melakukan pendaftaran PADU.
"Pertengahan bulan ini kita pastikan pendaftaran PADU oleh warga KKDW akan mencapai 100 peratus," katanya ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan KKDW di sini pada Khamis.
Menurutnya kementerian akan memastikan agar semua langkah yang diambil dapat mencapai sasaran tersebut.
"(PADU) Itu semua adalah faedah untuk kita bersama," ujar beliau.
Ahmad Zahid berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Januari telah meminta supaya semua penjawat awam mengemaskini maklumat dan data dalam sistem PADU selewat-lewatnya sebelum 15 Februari.
Terdahulu Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, sebanyak 2.69 juta individu sudah membuat pendaftaran PADU setakat Selasa.
Lima negeri iaitu Sarawak, Selangor, Johor, Perlis dan Kelantan merekodkan jumlah pendaftaran tertinggi sejak sistem itu dilancarkan 2 Januari lepas. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PADU
#kerahsiaan butiran peribadi
#Zahid Hamidi
#KKDW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan