Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad

Anggota komando polis mengambil posisi keselamatan di lokasi letupan bom di sebuah masjid Syiah di Islamabad, Pakistan. - Foto AP
ISLAMABAD: Pasukan forensik menjalankan siasatan di sebuah masjid penganut Syiah di Islamabad pada Jumaat selepas seorang pengebom bunuh diri membunuh sekurang-kurangnya 31 orang dan mencederakan hampir 170 yang lain ketika solat sedang berlangsung.
Dua pegawai polis berkata, penyerang terbabit telah ditahan di pintu masuk masjid sebelum meletupkan bahan letupan yang dibawanya.
Serangan itu merupakan insiden pengeboman bunuh diri paling berdarah di Islamabad dalam tempoh lebih sedekad, menurut pemantau konflik ACLED.
Penganut Syiah, yang merupakan minoriti dalam negara majoriti Sunni berpenduduk sekitar 241 juta orang, sering menjadi sasaran keganasan berunsur mazhab pada masa lalu.
Kumpulan seperti Daesh dan kumpulan Tehreek-e-Taliban Pakistan pernah dipersalahkan dalam serangan-serangan seumpama itu di Pakistan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


