awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bina momentum toleransi dalam Piagam Komanwel - Wisma Putra

Astro Awani
Astro Awani
14/03/2016
03:27 MYT
Bina momentum toleransi dalam Piagam Komanwel - Wisma Putra
WISMA PUTRA: Bina momentum toleransi dalam Piagam Komanwel - Gambar fail
Malaysia mahu membina momentum kesepakatan di antara negara-negara terlibat dengan nilai-nilai toleransi, menghormati dan memahami, ekuiti serta keadilan seperti yang termaktub dalam Piagam Komanwel.
Dalam satu kenyataan sempena Hari Komanwel, Wisma Putra menjelaskan, ia merupakan hari untuk meraikan pertubuhan Komanwel sebagai sebuah keluarga Negara-Negara, di mana setiap Negara Anggota dinilai sama rata dan mempunyai suara yang sama.
"Malaysia menyertai keluarga Negara-Negara Komanwel dalam meraikan Hari Komanwel pada hari ini, 14 Mac.
"Ia merupakan sambutan mengenai perpaduan dalam Komanwel moden yang dipupuk melalui kefahaman aspirasi Komanwel tentang kebersamaan di kalangan kepelbagaian budaya yang meluas.
"Membina momentum daripada tema bagi tahun lepas iaitu “A Young Commonwealth”, tema “An Inclusive Commonwealth” pada tahun ini merujuk kepada nilai-nilai toleransi, menghormati dan memahami, ekuiti serta keadilan seperti yang termaktub dalam Piagam Komanwel," jelas kenyataan itu.
Kenyataan itu menambah, tema itu mengiktiraf kepentingan dalam mengimbangi di antara keterangkuman dan kesaksamaan.
"Dalam peredaran masa, Komanwel perlu bertindak sebagai rangkaian terangkum untuk sokongan bersama dan pembangunan.
"Komanwel sentiasa menjadi platform yang unik bagi negara-negara anggotanya menekankan pandangan kolektif mereka mengenai isu-isu berkepentingan bersama, bekerjasama dan menzahirkan komitmen terhadap nilai-nilai dan prinsip-prinsip organisasi tersebut, terutama sekali dalam mencari penyelesaian yang praktikal bagi sebarang tugas dan cabaran besar yang dihadapi oleh Komanwel dan dunia secara amnya.
"Malaysia telah menunjukkan komitmen dan sokongan yang jitu kepada Komanwel, serta akan menganjurkan Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada tahun 2020," kata kenyataan itu.
Jelas kenyataan itu lagi, negara turut menganggap Komanwel sebagai sebuah organisasi antarabangsa yang penting yang dapat memainkan peranan sebagai pemimpin dan penasihat, khususnya dalam menangani pelbagai cabaran global yang menjejaskan negara-negara anggota terutamanya negara-negara kecil dan kurang membangun.
Topic Berkaitan
#CHOGM
#Hari Komanwel
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan