awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bina rumah ibadat: Kerajaan tidak beri izin jika tidak ikut peraturan - PM Anwar

Naz Raseed
Naz Raseed
09/02/2026
01:35 MYT
Bina rumah ibadat: Kerajaan tidak beri izin jika tidak ikut peraturan - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar seru semua pihak agar tidak menggunakan sentimen agama untuk mempertahankan pandangan peribadi lantaran tindakan sedemikian boleh memberi kesan negatif terhadap perpaduan rakyat. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan memberi keizinan terhadap mana-mana pembinaan rumah ibadat yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringkasan AI
  • PBT diberi kuasa untuk tindak ke atas rumah ibadat tidak sah, tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perlunya hormati undang-undang negara.
  • Prinsip asas yang rumah ibadat harus ikut undang-undang diperteguhkan, dengan penyelesaian adil ditekankan tanpa berkompromi pada pelanggaran undang-undang.
  • Kerajaan tidak benarkan percambahan rumah ibadat tanpa kelulusan, namun kes tertentu akan dipertimbangkan secara berasingan untuk mengekalkan keseimbangan antara keperluan agama dan undang-undang.

Menurut Perdana Menteri, mana-mana individu atau pihak yang ingin membina rumah ibadat perlu mematuhi saluran sewajarnya kerana Malaysia merupakan negara yang mendukung keluhuran undang-undang.
“Kerajaan tidak lagi mengizinkan (pembinaan) yang tidak mengikut peraturan dan majlis perbandaran diberi keizinan untuk bertindak supaya dibersihkan kawasan yang bukan hak.
"Kuil atau rumah ibadat yang tidak patuh peraturan...(segala) masalahnya mesti diselesaikan dengan baik.
“Saya tahu tindakan ini akan mengundang kontroversi, sebab itu saya ingatkan…ada yang sampai berkempen hendak robohkan kuil, itu bukan kerja kamu.
"Kita negara yang ada hukum. Kalau hendak tunjuk hero atau pejuang Islam, buat dakwah dengan baik, tunjuk peribadi yang baik,” tegas beliau ketika berucap pada perjumpaan bersama warga Kementerian Perpaduan Negara, di sini, hari ini.
Anwar pada masa sama menzahirkan rasa kesal apabila ketegasan kerajaan terhadap isu tersebut seolah-olah satu ketetapan baharu yang dibuat dibawah pentadbirannya.
"Masjid nak dibangunkan (kena) ikut peraturan, gereja nak dibangunkan (kena) ikut peraturan. Maka, semua (rumah ibadat) yang lain pun begitu juga.
"Harus cari jalan penyelesaian bukan pergaduhan. Kalau ada orang langgar (peraturan), apa kita ambik tindakan?
"Kita jalur hukum, bawa kepada lembaga yang sah, ikut peraturan.
"Ini bukan perkara baru. Timbul, muncul (dakwaan) seolah-olah baru berlaku semalam, hanya di bawah PMX berlaku kacau," katanya.
Anwar turut menyeru semua pihak agar tidak menggunakan sentimen agama untuk mempertahankan pandangan peribadi lantaran tindakan sedemikian boleh memberi kesan negatif terhadap perpaduan rakyat.
Beliau menegaskan bahawa semua agama di negara ini tidak boleh diganggu atau dihina kerana ia berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum.
“Ini saya hendak beri contoh… tidak mudah kerana kita sering diheret oleh sentimen kaum yang keterlaluan. Jadi saya jelaskan sekali lagi, dasar kerajaan jelas. Jangan ganggu atau hina mana-mana agama,” katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#pbt
#rumah ibadat
#roboh
#rumah ibadat tidak sah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan