awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BIZone: Astro perkenal pek kandungan baharu untuk sektor F&B

Fahmi Izuddin
Fahmi Izuddin
10/01/2024
04:44 MYT
BIZone: Astro perkenal pek kandungan baharu untuk sektor F&B
Astro memperkenalkan pakej kandungan sukan baharu khas untuk sektor perniagaan berasaskan makanan dan minuman yang dikenali sebagai BIZone.
KUALA LUMPUR: Astro memperkenalkan pakej kandungan sukan baharu khas untuk sektor perniagaan berasaskan makanan dan minuman (F&B).
Dikenali sebagai BIZone, pakej ini menawarkan pelbagai pilihan hiburan termasuk kandungan sukan yang lengkap.
Menurut Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, BIZone dilancarkan susulan satu tinjauan yang dilakukan oleh syarikat peneraju data, penyelidikan dan perkhidmatan konsultasi, Kantar.
Antara lain, kajian itu mendapati 95 peratus pelanggan memilih untuk meluangkan masa di premis makanan sambil menonton televisyen.
Malah, dapatan kajian itu juga mendedahkan pelanggan menghabiskan masa yang lebih lama di premis makanan dan minuman sewaktu musim sukan.
“Tinjauan Kantar memberikan indikasi yang jelas bahawa sektor F&B yang mempunyai perkhidmatan hiburan Astro boleh meningkatkan hasil perniagaan dan keuntungan kerana pelanggan menghabiskan lebih banyak masa di kedai.
“Kandungan sukan paling berjaya menarik perhatian pengguna. Acara sukan utama seperti Liga Malaysia, Piala Dunia dan Liga Perdana membantu dalam meningkatkan bukan sahaja kehadiran pelanggan baharu tetapi kunjungan berulang dan lebih banyak nasa yang diluangkan di kedai,” ujarnya ketika ditemui selepas sesi pengenalan BIZone, di sini, pada Rabu.
Sementara itu, beliau berkata, pakej BIZone hadir dengan tawaran kandungan sukan yang berkualiti sesuai dengan penggunaan premis F&B.
“Dengan BIZone, semua kedai F&B boleh menawarkan kandungan sukan berkualiti tinggi, padat dan sah 100 peratus kepada pelanggan mereka,” tambahnya.
Pek BIZone baharu ini mempunyai 15 saluran sukan, 25 saluran bukan sukan dan lapan saluran siaran percuma serta menawarkan harga yang telus berdasarkan jenis perniagaan dan kapasiti tempat duduk premis.
Topic Berkaitan
#Astro
#BIZone
#pakej kandungan sukan
#sektor F&B
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan