UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus ambil serius dan memikirkan strategi terbaik bagi menghadapi kemungkinan berlaku pertandingan satu lawan satu antara parti pemerintah itu dengan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Peringatan itu disuarakan Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang berkata kemungkinan itu boleh berlaku kerana pembangkang memang sudah lama bercita-cita untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.
Namun, katanya, parti pembangkang tidak mungkin dapat membentuk sebuah kerajaan yang stabil kerana masing-masing mempunyai agenda perjuangan sendiri.
"Pemimpin dan ahli parti (UMNO/BN) kenalah bersiap sedia dari awal untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai dakyah dan fitnah yang dimainkan pembangkang.
"(Rakyat harus diberitahu bahawa) dasar-dasar parti mereka (pembangkang), kalau mereka berjaya membentuk kerajaan, ia tidak menjamin masa depan sebuah negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum serta tidak menjamin masa depan orang Melayu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Perdana Sempena Aidiladha dan Penyampaian Insentif NKEA Padi EPP II Musim 1/2016 Kawasan Sungai Manik/Labu Kubong di sini, malam ini.
Dalam pada itu, Tajuddin, yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak, berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang menyebarkan pelbagai dakyah yang tidak berasas dalam usahanya menjatuhkan UMNO dan BN.
"Kerana itulah juga saya menyeru kepada semua pemimpin dan ahli UMNO agar berwaspada kerana PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) berkempen dengan menyebarkan dakyah yang merupakan tuduhan yang diasak tohmahan," katanya
Katanya ahli serta penyokong UMNO perlu menyedari perkara ini dan mengambil tindakan yang tepat bagi memastikan apa yang dirancang oleh Dr Mahathir tidak berjaya. -Bernama
Bernama
Fri Sep 16 2016
TAJUDDIN: Parti pembangkang tidak mungkin dapat membentuk sebuah kerajaan yang stabil kerana masing-masing mempunyai agenda perjuangan sendiri. -Gambar fail
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
BN diminta usah pandang remeh pertandingan satu lawan satu pada PRU-14
Parti pembangkang tidak mungkin dapat membentuk sebuah kerajaan yang stabil kerana masing-masing mempunyai agenda perjuangan sendiri.