Memperhebatkan keahlian terus Barisan Nasional (BN) menjadi formula terbaik menangani masalah BN untuk memenangi hati pengundi muda, progresif dan atas pagar.

Bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah berkata ia bertepatan dengan aspirasi politik baru melangkaui garis kaum.

Menurutnya berdasarkan statistik pada pilihan raya lalu, 29 peratus daripada pengundi adalah terdiri dari pengundi atas pagar yang disebutkan.

Kebanyakkan dari pengundi katanya berada dalam keadaan keliru akibat kecelaruan politik yang berlaku.

"Kalau kita lihat dalam Piliha Raya Umum 2008 dan 2013 begitu ramai anak muda daripada pelbagai latar belakang yang melakukan perkara-perkara yang sebelum ini tidak begitu dibayangkan.

"Misalnya pemuda bukan melayu membawa bendera PAS dan pemuda melayu membawa bendera DAP dan sebagainya, dan ini berlaku dalam dua PRU yang lepas yang kebanyakkannya adalah golongan muda.

"Jadi sebab itu saya menganggap bahawa jika BN mengaktifkan keahlian terus, itu mungkin salah satu cara yang akan dapat menarik sokongan golongan yang disebutkan tadi,"katanya yang ditemui selepas sesi perbincangan mengenai politik kaum di Malaysia anjuran Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) di Petaling Jaya pada Isnin.


Bagi BN, Saifuddin berkata kaedah tersebut perlu diambil kira dalam memenangi hati pengundi.

Jika itu berlaku, katanya ia akan merancakkan lagi politik negara yang tidak mengambil kira apa pun latar belakang pengundi.