BN terus pastikan perkhidmatan kesihatan berkualiti untuk rakyat

Firdaus Azil
April 24, 2018 04:27 MYT
Najib mendengar penerangan daripada Ketua Pegawai Sains Fizik Jabatan Radioterapi dan Onkologi Mahzom Pawanchek (dua, kiri) semasa mengadakan lawatan di Bilik Rawatan Novalis Tx, IKN hari ini. --fotoBERNAMA
Walaupun jadualnya padat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kehadiran beliau untuk merasmikan Institut Kanser Negara (IKN) di sini hari ini, membuktikan komitmen kerajaan dalam soal kesihatan rakyat terus diutamakan.
Beliau berkata, sektor kesihatan merupakan dimensi yang sangat penting dalam usaha memastikan perkhidmatan itu berkualiti, serta antara yang terbaik di dunia.
“Dan yang paling penting, ia mampu diakses oleh rakyat.
"Sebab itu, kerajaan menyediakan peruntukan sekian besar, seperti mana disebut Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr S Subramaniam) tadi, sebanyak RM27 bilion pada tahun 2018, dan hampir RM26 bilion untuk tahun sebelumnya,” katanya yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

PM @NajibRazak berkata Institut Kanser Negara merupakan salah satu komitmen kerajaan @barisanasional dalam memastikan rakyat mendapat penjagaan kesihatan berkualiti serta bertaraf dunia. Katanya, melalui Manifesto BN, teras kesihatan akan terus diberi keutamaan@501Awani

— F.A Awani (@FirdausAzil) April 24, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau menambah, kerajaan BN di bawah pimpinan beliau akan terus melakukan pelbagai penambahbaikan, dan juga lonjakan dari segi kualiti perkhidmatan, termasuk mencapai sasaran seorang doktor bagi setiap 400 rakyat (1:400) menjelang tahun 2020 nanti.
“Ini semua membuktikan bahawa apa yang dijanjikan kerajaan bukan sesuatu yang jadi, bak kata orang, omong-omong kosong sahaja.
“Tetapi, telah kita terjemahkan dalam bentuk tindakan, yang membawa kepada pengiktirafan dunia dalam bidang kesihatan, atau perkhidmatan kesihatan, dalam negara kita,” katanya lagi.
Najib berkata, melalui Manifesto BN untuk PRU14, beliau telah menetapkan kluster “Penjagaan Kesihatan dan Gaya Hidup Sihat” sebagai salah satu daripada 14 bidang atau teras keutamaan, yang akan diperjuangkan kerajaan dalam tempoh lima tahun akan datang.
BACA: BN terus utamakan gaya hidup sihat rakyat Malaysia

Imbas kembali antara tawaran @barisanasional mengenai isu kesihatan dalam manifesto yang PM @NajibRazak lancarkan pada 7 April lepas.#MalaysiaMemilih @501Awanihttps://t.co/zG2C20kmYO pic.twitter.com/0dvN9opuqw

— F.A Awani (@FirdausAzil) April 24, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam ucapannya, Najib turut menyebut mengenai kisah Razali Tompang dari Melaka pada tahun 2013, di mana bapanya merupakan pesakit kanser, dan terpaksa menjalani rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur.

PM @NajibRazak turut menyebut kisah saudara Razali Tompang, yang hanya perlu bayar bil perubatan RM32.80 di HKL, sedangkan kos keseluruhan RM11,000. "Inilah sesuatu yang perlu kita sebar luas, betapa banyaknya subsidi yang diberikan kerajaan dalam bidang kesihatan" @501Awani pic.twitter.com/331OJVbVnR

— F.A Awani (@FirdausAzil) April 24, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kos yang tercatat pada bil rawatan adalah sebanyak RM11,000… sedangkan dalam poket beliau masa itu, hanya ada RM100 sahaja, yang cukup-cukup bagi belanja makan, minyak dan tol untuk dia pulang ke Melaka.
"Namun beliau (Razali) rasa begitu terharu, mampu menarik nafas lega apabila beliau pergi ke kaunter, hanya perlu bayar RM31.80 sahaja. Dan kos sebanyak RM11,000 itu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan,” kata Perdana Menteri.
Ujar Najib lagi, ini merupakan sesuatu yang harus disebar luas kepada rakyat kerana bidang kesihatan merupakan bidang yang paling banyak menerima subsidi kerajaan.
#Barisan Nasional #Hospital #Institut Kanser Negara #Kuala Lumpur #MalaysiaMemilih #Manifesto #Najib Razak #Perdana Menteri #perubatan #pilihan raya umum #Putrajaya #S Subramaniam #subsidi