awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak buka pintu kenderaan punca kemalangan enam kenderaan di Jalan Tun Razak
Wartawan wanita perlu imbangi teknologi dan integriti - Noraini
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BNBBC harap Bajet 2015 kurangkan ketirisan dana awam

Bernama
Bernama
15/09/2014
08:56 MYT
BNBBC harap Bajet 2015 kurangkan ketirisan dana awam
SHAHRIR: BNBBC juga membangkitkan kepentingan untuk meneruskan pelaksanaan projek-projek yang diharapkan rakyat dan di kawasan tertentu.
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) berharap Bajet 2015 yang akan dibentangkan bulan depan akan memastikan dana kerajaan dikurangkan ketirisannya selain ditingkatkan keberkesanannya.
Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata perkara itu yang menjadi harapan utama BNBBC merupakan antara pandangan yang disampaikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pertemuan pada Ahad.
Katanya, BNBBC juga sebagai pihak yang berada di akar umbi dan sering melihat kepada soal pemantauan dan pelaksanaan kerajaan, berharap mereka dapat terus mengetengahkan masalah rakyat supaya ia dapat diambil kira bagi bajet negara.
"Kita nakkan beri fokus kepada kumpulan-kumpulan tertentu...soal kebajikan, pendapatan rendah, orang kelainan upaya. Ini soal-soal yang kita (BNBBC) berdepan setiap masa di kawasan.
"Pengalaman itu yang kita sampaikan kepada Perdana Menteri supaya sistem penyampaian lebih berkesan," katanya kepada pemberita selepas Program Pemukiman BNBBC dan Dialog Bajet bersama Perdana Menteri di sini pada Ahad.
Katanya BNBBC juga membangkitkan kepentingan untuk meneruskan pelaksanaan projek-projek yang diharapkan rakyat dan di kawasan tertentu.
" Ada projek terbengkalai, ada projek jalan, projek 'sakit'. Perkara-perkara ini harus dilihat supaya dasar kerajaan lebih berkesan. Kalau takde ini (pandangan BNBBC) pandangan yang ada hanya daripada sistem pentadbiran.
" Sebagai anggota Parlimen kita boleh nampak kesannya. Perlu program lebih khusus kepada kumpulan-kumpulan dalam masyarakat kita yang bawa kesan baik kepada dasar kerajaan," katanya.
Katanya, dalam pertemuan hari ini Perdana Menteri memberikan respons yang positif kepada cadangan-cadangan yang diutarakan.
Shahrir berkata BNBBC banyak menyokong usaha kerajaan tetapi mungkin pelaksanaannya memerlukan pembaikan.
" Seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia). Kami semua setuju ini satu cara tambah nilai kepada sistem subsidi secara umum. Kami lebih suka penyampaian BR1M diteruskan dan dapat dipertingkatkan lagi. Bukan hanya sekali setahun...mungkin tiga bulan sekali," katanya.
Topic Berkaitan
#Bajet 2015
#GST
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan