awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bola Sepak: Pertahanan Chelsea, Recce James dihukum FA

Astro Arena
Astro Arena
05/10/2023
05:27 MYT
Bola Sepak: Pertahanan Chelsea, Recce James dihukum FA
James mengakui telah menggunakan perkataan dan tingkah laku yang tidak wajar, iaitu "menghina dan/atau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai perlawanan di dalam terowong selepas wisel penamat." - Foto Astro ARENA
PEMAIN pertahanan Chelsea dikenakan hukuman gantung satu perlawanan dan didenda GBP90,000 selepas mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai perlawanan selepas kekalahan kepada Aston Villa bulan lalu.
Pemain sayap England berusia 23 tahun, Recce James yang tidak dipertaruhkan dalam kesebelasan utama pada hari perlawanan tersebut ekoran kecederaan, ketika Villa pastikan kemenangan 1-0 di Stamford Bridge, dilaporkan dihukum gara-gara kelakuannya terhadap pegawai di terowong selepas perlawanan.
FA mengeluarkan satu kenyataan menerusi akaun sosial media: "Recce James telah dikenakan hukuman penggantungan satu perlawanan dan didenda £90,000 kerana melanggar peraturan FA E3 di perlawanan Liga Perdana Chelsea menentang Aston Villa pada Ahad 24 September.
Pemain pertahanan itu mengakui bahawa dia telah menggunakan perkataan dan tingkah laku yang tidak wajar, iaitu "menghina dan/atau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai perlawanan di dalam terowong selepas wisel penamat."
James juga mengalami kecederaan hamstring ketika latihan bulan lalu dan masih belum mampu perkuat pasukan Mauricio Pochettino sejak raih keputusan seri di laman sendiri menentang Liverpool pada awal pembukaan musim ini.
Chelsea berharap James bakal kembali cergas segera untuk beraksi di Liga perdana di laman sendiri menentang Arsenal pada 21 Oktober.
Topic Berkaitan
#hukum gantung perlawanan
#Recce James
#kata-kata kesat
#Chelsea
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan