awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boling: Beregu wanita sumbang emas pertama Malaysia di Bangkok

Bernama
Bernama
08/07/2023
13:09 MYT
Boling: Beregu wanita sumbang emas pertama Malaysia di Bangkok
Malaysia berjaya merangkul pingat emas pertama pada Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-21 selepas pasangan Nurul Anis Nabila Mohd Nizam dan Anis Hannani Romzi mengungguli acara beregu wanita di Bangkok, Thailand hari ini. - Foto FB MTBC
KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya merangkul pingat emas pertama pada Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-21 selepas pasangan Nurul Anis Nabila Mohd Nizam dan Anis Hannani Romzi mengungguli acara beregu wanita di Bangkok, Thailand hari ini.
Kejayaan itu hadir selepas gandingan negara mengumpul keseluruhan 2,544 mata untuk mengatasi pencabar terdekat dari Korea Selatan Choi Yurin-Park Sunwoo yang terpaksa berpuas hati membawa pulang perak dengan meraih keseluruhan 2,504 mata.
Pingat gangsa menjadi milik pasangan Singapura Arianne Tay-Colleen Pee yang mengutip keseluruhan 2, 488 mata bagi menafikan satu lagi pasangan Malaysia untuk berada di podium selepas Adelia Nur Irwan Syazalee-Nur Hazirah Ramli sekadar mengumpul keseluruhan 2,443 mata di tempat keempat.
Malaysia turut membawa pulang masing-masing satu perak dan gangsa dalam acara beregu lelaki menerusi gandingan Tsen Fan Yew-Muhammad Hariz Adlan Azman yang meraih keseluruhan 2,518 mata serta Muhammad Danial Abu Samah-Syabil Azam Syamsul Azam dengan 2,511 mata.
Kekecewaan Korea Selatan dalam acara beregu wanita terubat menerusi saingan lelaki apabila pasangan Baek Seungwoo-Park Soowan memenangi emas selepas mengumpul keseluruhan 2,600 mata.
Emas dimenangi Nurul Anis dan Anis Hannani merupakan pingat kedua diraih skuad remaja negara pada kejohanan itu selepas Muhammad Hariz memenangi perak acara individu lelaki semalam.
Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-21 berlangsung dari 4 hingga 12 Julai ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia
#boling beregu wanita
#emas pertama
#Nurul Anis Nabila Mohd Nizam
#Anis Hannani Romzi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan