awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba kaji tubuh MOCSAR di Cameron Highlands

Bernama
Bernama
23/11/2021
13:08 MYT
Bomba kaji tubuh MOCSAR di Cameron Highlands
JBPM sedang melakukan kajian keperluan menubuhkan pasukan MOCSAR di kawasan tanah tinggi berkenaan dengan melantik orang tempatan. - Gambar fail
IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bercadang mewujudkan pasukan khusus bagi melaksanakan misi mencari dan menyelamat di kawasan Cameron Highlands, Pahang susulan kekerapan insiden tanah runtuh di kawasan pelancongan itu.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata pihaknya sedang melakukan kajian keperluan menubuhkan pasukan yang dikenali sebagai Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua (MOCSAR), di kawasan tanah tinggi berkenaan dengan melantik orang tempatan.
Beliau berkata MOCSAR sudah diwujudkan di Gunung Kinabalu, Sabah dan pasukan sama turut dalam kajian untuk dikembangkan antaranya di Kuala Tahan, Pahang; Gunung Trong, Kelantan; Miri, Sarawak serta beberapa kawasan di Perak.
"Kita sedang melihat keperluan melantik individu yang terdiri daripada orang tempatan dan diberi latihan serta disediakan peralatan termasuk kelengkapan perlindungan diri (PPE).
"Mereka akan menjadi 'responder' pada peringkat awal sementara menunggu pihak bomba tiba di lokasi kejadian bencana," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 JBPM Perak bersama Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara, di sini hari ini.
Beliau berkata walaupun Cameron Highlands sudah mempunyai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), MOCSAR diperlukan di kawasan yang sukar untuk sampai dalam masa yang cepat dan memerlukan penduduk tempatan membantu melaksanakan tindakan awal.
Semalam, seorang lelaki cedera manakala tiga rakannya terselamat selepas kereta dinaiki mereka, dihempap pokok tumbang akibat tanah runtuh di Tanah Rata, Cameron Highlands.
Hujan lebat yang berlarutan hampir dua jam di pusat peranginan tanah tinggi itu menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan pokok tumbang di beberapa kawasan di sekitar Tanah Rata dan Ringlet.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#MOCSAR
#Cameron Highlands
#gua dan gunung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan