awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol lihat situasi Gaza umpama malapetaka, ulangi sokongan kepada Palestin
Tentera Laut Diraja Arab Saudi atur kedudukan di Laut Arab bagi operasi antipenyeludupan
Saksi gambarkan suasana cemas selepas kebakaran maut di pusat peranginan Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba keluarkan kanak-kanak lelaki terkunci dalam kereta

Aida Aziz
Aida Aziz
25/11/2022
22:10 MYT
Bomba keluarkan kanak-kanak lelaki terkunci dalam kereta
Anggota bomba melakukan kerja menyelamat dengan menggunakan peralatan khas, seterusnya menurunkan cermin tingkap dan membawa keluar kanak-kanak yang terperangkap. - Foto JBPM Perak
IPOH: Khidmat khas bomba diperlukan bagi mengeluarkan seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap di dalam kenderaan di Kampung Tersusun Tanah Hitam, di sini, malam tadi.
Difahamkan, kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang dikenali sebagai Mohd Firas Danial Ahmad Syukri itu tertidur di dalam kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.59 malam.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun bergerak ke lokasi bagi menjalankan khidmat khas mangsa terperangkap dalam kenderaan.
"Dipercayai ketika itu ahli keluarga mangsa keluar dari kereta tersebut, bagaimanapun kereta itu autolock (terkunci secara automatik).
"Mangsa pula ketika itu sedang tidur dan terperangkap dalam kereta tersebut," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Justeru, katanya, anggota bomba melakukan kerja menyelamat menggunakan peralatan khas, seterusnya menurunkan cermin tingkap.
Anggota bomba berjaya membuka kereta yang terkunci dan mengeluarkan mangsa dengan selamat.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Suhaimi Nijar itu tamat pada jam 10.27 malam.
Topic Berkaitan
#bomba
#Kanak-kanak
#terperangkap dalam kereta
#Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan