IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengenal pasti 47 lokasi di Perak yang dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi berlaku kejadian lemas terutama pada musim cuti sekolah dan sambutan Aidilfitri bulan depan.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata kawasan itu kebanyakannya meliputi sekitar daerah Lumut melibatkan sungai, tali air, kolam dan pantai.
"Pada waktu perayaan, orang ramai akan mengambil kesempatan mengunjungi tempat rekreasi untuk melakukan aktiviti riadah seperti berkelah dan bermandi-manda bersama sanak saudara.
"Di Perak terdapat tujuh kawasan berisiko tinggi manakala 35 hingga 40 kawasan berisiko sederhana dengan kawasan berisiko ini melibatkan sekurang-kurangnya lima orang mangsa lemas," katanya selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021, Sijil Perkhidmatan Terpuji dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun di sini pada Khamis.
Menurutnya, bagi memantapkan pengoperasian di kawasan berisiko di negara ini, pegawai bomba bantuan dan Safety Water and Rescue Team (SWART) ditugaskan untuk melakukan rondaan dan menjadi pemerhati di sekitar kawasan terlibat.
"Buat masa ini terdapat empat kawasan di negara ini yang kita sudah lantik pegawai bomba bantuan dan SWART iaitu Tok Bali dan Pantai Cahaya Bulan di Kelantan, Besut di Terengganu serta Lumut di negeri ini.
"SWART akan dibayar RM8 bagi satu jam dan had masa bertugas hanya untuk lapan jam sehari khususnya pada musim tengkujuh dan perayaan," katanya.
Menurutnya, bagi memastikan keselamatan, orang ramai dinasihatkan mematuhi peraturan dan notis yang ditetapkan di kawasan berisiko tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 21 2022
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata kawasan itu kebanyakannya meliputi sekitar daerah Lumut melibatkan sungai, tali air, kolam dan pantai. - Foto fail/BERNAMA
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
Serangan di Rafah satu kesilapan, malapetaka kemanusiaan - PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa memberi amaran kepada Israel bahawa serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, bencana politik dan kemanusian.
Kehadiran Agong ke Parlimen kukuhkan lagi hubungan dua hala
Di bawah pemerintahan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Sultan Negeri Johor, hubungan negeri itu dengan Singapura semakin kukuh.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Vladimir Putin angkat sumpah sebagai Presiden bagi penggal kelima
Majlis angkat sumpah itu diadakan di Kremlin dengan diboikot Amerika Syarikat dan beberapa negara barat lain susulan perang antara Rusia-Ukraine.
Cuaca panas undang stres kalangan jemaah wanita
Dalam keadaan cuaca panas melampau dan untuk tempoh yang lama, ia boleh mengundang kepada stres atau tekanan sehingga berupaya menjejaskan kesihatan mental jemaah wanita yang menerima tawaran sebagai tetamu Allah di musim haji.
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia BBP
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
Usaha bersepadu penting untuk mengekang jenayah
Usaha bersepadu di kalangan agensi-agensi dari pelbagai bidang adalah penting untuk mengekalkan kerangka keselamatan global, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Bomba kenal pasti 47 lokasi berisiko lemas di Perak
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata kawasan itu kebanyakannya meliputi sekitar daerah Lumut melibatkan sungai, tali air, kolam dan pantai.