awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba kenal pasti 93 kawasan berisiko kepala air

Bernama
Bernama
08/07/2023
09:11 MYT
Bomba kenal pasti 93 kawasan berisiko kepala air
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata selain kawasan air terjun, sungai dan pantai juga menjadi lokasi pemantauan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). - Foto BERNAMA
MARANG: Sebanyak 39 lokasi rekreasi air terjun dan sungai di seluruh negara dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi berlakunya fenomena kepala air susulan kejadian terbaru mengorbankan 10 orang di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu, minggu lalu.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata selain kawasan air terjun, sungai dan pantai juga menjadi lokasi pemantauan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Beliau berkata antara langkah yang diambil bagi mengurangkan risiko kematian akibat lemas di kawasan terbabit ialah melalui pelbagai program kesedaran keselamatan dan kewujudan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Safety Water and Rescue Team (SWART).
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2023 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai, di sini hari, ini.
Hadir sama Ketua Pengarah JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.
Seramai 142 anggota baharu menerima sijil masing-masing selepas menamatkan latihan selama lima bulan bermula 1 Feb lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kawasan berisiko kepala air
#bomba
#air terjun
#Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan