awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama APM dan bomba Keningau berjaya jinakkan buaya 100kg

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
23/03/2021
08:00 MYT
Kerjasama APM dan bomba Keningau berjaya jinakkan buaya 100kg
Reptilia yang dipercayai spesis buaya kalimantan itu telah diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Daerah Keningau untuk tindakan lanjut. - Foto Astro AWANI
KENINGAU: Tindakan pantas pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dan bomba berjaya 'menjinakkan' seekor buaya sepanjang dua meter dalam kejadian di Kampung Titiku Pamalan, Keningau, pada Isnin.
Dalam kejadian jam 1.05 petang itu, difahamkan 'sang beda'l seberat 100 kilogram berkenaan ditemui oleh beberapa penduduk yang menyaksikan kelibatnya berada di tepi kolam berhampiran kampung tersebut.
Cemas dengan insiden itu, penduduk kampung kemudiannya menghubungi pihak keselamatan untuk menangkap reptilia berkenaan.
Menurut Pegawai APM Daerah Keningau, Lt (PA) Bakri Isin, sebaik menerima panggilan terbabit, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut.
"Setibanya ke lokasi, kami menyediakan tali penjerut dan cuba mengesan buaya yang sedang bersembunyi di dasar kolam.
"Anggota APM turut berkerjasama dengan pihak bomba bagi mengesan dan menangkap buaya tersebut.
"Selang beberapa minit kemudian, buaya itu berjaya di tangkap," katanya.
Jelas beliau, reptilia yang dipercayai spesis buaya Kalimantan itu telah diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Daerah Keningau untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#bomba
#Keningau
#buaya
#Jabatan Hidupan Liar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan